11/11/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini: http://ecards.fares.net/cgi-bin/pcs2.cgi

Pengajaran hari ini:


Alhamdulillah, Allah izinkan untuk menulis seketika disini. Bersyukur kehadrat Allah,tika ini, diri berada dalam keadaan sihat walfiat.

Pertama sekali, ana mohon maaf kepada sahabat-sahabat sekalian, kerana lama benar menyepikan diri.

Segmen "aku"

Berana-ana ni,rasa terbatas pula. Esok akan bertolak ke Terengganu. 18hb masuk semula. 3 hari dikampung dan kemudiannya bertolak ke Kampus. Suppose 27hb yang kena daftar tapi ada program.

Semester lepas.
Semester lepas adalah semester yang agak mencabar, dan aku rasa macam entah, kecewa sikit dengan diri ini. Rasa macam nak duduk dalam gua sorang-sorang and then reflect balik apa yang aku dah buat. Banyak kelemahan yang perlu aku atasi. Yang aku rasa aku tak pernah buat sebelum ni pun aku buat. Rasa macam diri serupa hampeh. Hmm. Moga Ramadhan kali ini, berupaya memberi mangkin kepada aku untuk terus berjuang dengan diri sendiri, dan dengan keadaan sekeliling. Akulah orang yang paling rugi pada sem lepas.

Namun begitu, aku bersyukur sangat-sangat, dalam aku kealpaan, Allah masih sayangkan aku. Allah beri aku macam-macam. Kadang-kadang aku rasa macam aku tak deserve dengan apa yang ada. Aku tak layak. Diri yang hina ini rasa macam tak layak. Sungguh rasa tak layak.

Kelemahan yang patut diperbaiki.

1) Janganlah banyak merungut.Aku rasa masa aku habis dengan banyak merungut dan menyalahkan keadaan. Fikiran aku betul-betul sempit. Patutnya aku cari alternatif lain untuk atasi masalah aku.

2) Jangan beri alasan. Benda ini Pn. R ajar aku masa form 3. Jangan beri alasan. saya tak hendak terima alasan. Tiada yang mustahil dengan izin Allah.

3)Jangan banyak tidur.

4)JANGAN BERTANGUH! yang ini kelemahan paling besar yang patut aku kikis.

5)Study Konsisten.

6)Masa tak akan tunggu anda. Huhu. Tup-tup dah final.

7)Selalu lah pergi library.

8)Tepati masa.

9)Bagi sumbangan kepada masyrakat sekeling

10)Realisasikan kertas kerja

Ya Allah, aku mohon keberkatan Ramadhan ini. Moga aku berubah ya Allah. Moga aku menjadi hamba yang berguna kepada bangsa agama dan negara. Moga aku jadi hamba yang sensitif kepada masyarakat-masyarakat islam yang lain. Ampunkan dosa aku atas kelalaian aku. Ampunkan aku kerana masaku yang diamanahkan Engkau telah kusia-siakan dengan begitu sahaja. Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Ampunkan dosa keluargaku,guruku dan muslimin serta muslimat yang lain. Berkatilah kami. Jauhkan kami dari seksa api nerakaMu ya Allah. Sedarkan kami ya Allah. Sedarkan kami dari mimpi.


Kadang-kadang aku pelik. Kandang-kadang aku cemburu dengan orang yang tiada langsung masa rehat untuk dirinya sendiri.
Ya Allah, jadikan aku sebahagian daripada mereka yang berjuang pada JalanMu.

Disini ada sedikit tips. Dah diamalkan, alhamdulillah, memang ada kesan. Ringan je nak bangun. Di ambil dari web WEWR

Anda sukar bangun pagi? Sering ketinggalan solat Subuh di masjid? Kelewatan ke pejabat? Ponteng kelas akibat bangun lewat? Ini dia ubat mujarab anda! Doa mudah bangun tidur untuk yang susah nak bangun awal pagi. Baca Tasbih Fatimah sekali atau dua kali. Apa itu Tasbih Fatimah? Haaa...Jangan tak tahu. Tasbih ini diajar oleh Nabi ketika Fatimah, anakanda Nabi mengadu sakit-sakit urat membuat kerja-kerja di rumah. Kemudian, Nabi kata, bacalah tasbih ini, sekian-sekian, nanti esoknya kamu akan mudah bangun dan berasa segar. Tasbih Fatimah ialah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x & Allahu Akbar 34x. Mudah kan? Kalau mahu mujarab lagi, selepas baca terus tidur, jangan fikir perkara lain. Dan jangan buat maksiat siangnya, kalau tidak kesan tasbih akan berkurangan. Selamat Mencuba! Sayapun nak tidur ni. Ubat bangun tidur ini sungguh mujarab. Baik untuk kesihatan tidur anda. Selamat Malam!


Baiklah, sampai disini. Minta maaf ya semua, salah dan silap. jaga diri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Maaf Zahir Dan Batin.

Wassalam

No comments: