11/29/2004

Tiada Hati

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Hari ini, aku mahu canangkan kepada semua aku sudah tiada hati. Hati aku seolah-olah mati. Sejak raya ke-5 aku di ceruk sini, seolah-olah seperti aku mengikat hati ini dengan satu besi yang panas, yang amat menyakitkan. Sakit Sungguh.

Bila bermain dengan soal akidah, aku ternanti-nanti kata hati. Kenapa aku tak kuat? Kenapa aku tak reti bersuara? Kenapa hati ini tidak merintih. Something wrong with me now. AKu seperti tiada air mata. Aku seperti tidak ada air mata, langsung tiada untuk ditumpahkan bagi membersihkan dosa-dosa yang aku buat. Apa sudah jadi agaknya hati ini. Aku hanya menggeleng. Kalau hati aku ini sedar, tentu air mata ini seperti air sungai yang menderas lajunya. Langsung tidak mahu berhenti.

Aku nak ingatkan sahabat-sahabat semua. Bila pilih pemimpin, pilih yang beriman, apa itu beriman? Percaya pada rukun iman tu. Sahabat-sahabat ingat lagi tak rukun iman?

Ya ALlah, jangan kau pesongkan hati-hati kami!Mahu menangis tapi tak reti lagi menangis. Doakan aku. Doakan aku, agar aku tak terpesong!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: