12/21/2004

B.E.R.C.A.K.A.P

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini: Banyak cakap banyak salahnya, jadi baik diam :)

Lama benar tidak mencoret dihalaman peribadi ini. Berita terbaru kelmarin jatuh katil. Hehe.


Tak tahu nak tulis apa kat sini sebab tak ada apa nak tulis. Alhamdulillah semua berada dalam keadaan baik. Cuaca juga alhamdulillah cerah berbanding dengan minggu lepas namun setiap yang berlaku itu ada hikmahnya InsyaAllah.

Hari ini bersamaan 21 haribulan cukup sebulan rasanya adik-adik baru part 1 berada dikampus Terengganu. Cukup sebulan juga peristiwa yang mematangkan diri itu berlaku. Alhamdulillah, bila kita terlibat dengan benda-benda ini secara langsung baru kita tahu hakikat sebenar yang berlaku. Anyway, alhamdulillah, kali ini aku berjaya mengorbankan cuti dan aku dan aku telah dapat sesuatu. Pengajaranya, orang yang sanggup berkorban adalah orang yang akan dapat sesuatu. Wallahua'lam.

Misi aku semester ini adalah untuk menjadi minah library. Cheewah. Nak bertapa dalam library. InsyaALlah. Daripada tidur kat bilik tu baik ler membaca kan. Bak kat Ustazah Wan Sidah, jauh benar awak datang belajar, tak kan datang nak tidur aje. Wallahua'lam.

Pada 21 haribulan, ada sesuatu yang telah mengubah hidup aku. Maksud aku semuanya sudah berubah. Kalau dulu aku tidak memperdulikan orang lain, aku dengan diri aku sendiri, tapi kini aku kena ambil kira orang disekeliling aku. Aku percaya sesutu yang berlaku tentu ada sebabnya. Aku ditempat di Dungun ada sebabnya. aku dapat di kolej redang juga ada sebabnya, aku bertemu dan berkawan dengan sekian-sekian juga ada sebabnya, aku berputus dengan orang itu juga ada sebabnya. Wallahua;lam. Setiap berlaku tentu ada hikmahnya. Banyak benda sangat yang perlu aku belajar seperti jangan cemas ssangat menghadapi sesuatu perkara dan yang aku rasa terkesan sangat dalam diri ini pada ketika ini adalah jangan banyak cakap sangat. Takut tak termampu kita membawa diri kita ini dengan apa yang kita cakap. bahaya sungguh. Silap-silap terlekat satu sifat orang munafik iaitu apabila bercakap ia tidak menunaikannya. Wallahua'lam. Kali ini aku lebih suka ambil pendekatan bercakap sedikit, bekerja banyak. Berfikir tanpa henti. Aku rasa itu yang terbaik buat diri ini setakat ini. Wallahua;lam.

Seterusnya, kadang-kadang orang tak paham apa yang kita buat itu, dan kadang-kadang kita kena terangkan apa yang berlaku kepada kita supaya mereka paham keadaaan kita.

Demikian juga dengan satu benda ini, kita kena depend diri kita ini kalau kita rasa kita betul maknanya dari segi agama juga betul. Lantak lah kalau orang mahu membenci kita, tapi kita hendaklah lakukan tanggungjawab kita.

Ilmu dalam sesuatu perkara itu penting. Kemahiran bercakap juga penting. Maksud aku bercakap dalam skop bercakap dengan fakta dan ilmu, ada segolongan manusia ini hanya menerima fakta sahaja. Kadang-kadang mereka ini langsung tidak relevan dalam membuat keputusan.

Yups, kadang-kadang aku benci dengan diri sendiri, kadang-kadang aku marah pada diri sendiri, kenapa aku buat begitu, begini sampai aku melakukan kesalahan. Tapi kita kena accept diri ini sebaiknya. Mana ada manusia yang sempurna. Sifat sempurna itu hanya pada Allah. Maka kita hendaklah beristigfar selalu. Ingat, kita akan dipersoalkan disana nanti di setiap inci perbuatan kita wahai diri. :)

Sampai disini sahaja. Pensyaarh sudah datang. Maaf salah dan silap. Wassalam.




No comments: