12/26/2004

Geram

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:Library

Laman Web Menarik Hari Ini: Oho tak de lah

Pengajaran hari ini: Satu Dua tiga. Siapa lambat aku lepuk :)

Alhamdulillah, bersyukur aku kehadrat Ilahi aku masih lagi hidup bernafas. Asyik termenung aje sejak kebelakangan ini kerana sering terperangkap dengan diri sendiri.Mahu memilih tanggungjawab atau kemahuan.

Lebih sebulan setengah aku berada disini sejak 18 haribulan November yang lepas iaitu tiga hari selepas raya aku telah pun berada di bumi ini.

Semalam telah berlangusung satu majlis sambutah hari raya di sini. Walaupun agak lambat namun acara itu telah berlangsung dengan jayanya tanpa orang. Hehe. :) Mahu gelakkan siapa? Aku tertarik dengan ayat yang digunakan oleh tukang baca doa dipagi hari sebelum acara bermula. Lebih kurang begini, " Jika majlis ini membawa keberkatan kepada kami maka permudahkan lah dan jika sebaliknya maka engkau sonsangkanlah" <--ayat aku sendiri tapi lebih kurang begitu lah maksudnya. Wallahua'lam. Tepuk dada sama sama tanya diri. :)

Aku rasa masyarakat sekarang asyik-asyik disendukkan dengan acara hiburan. Acara majlis-majlis ilmu langsung kurang nampak gayanya. Sikit-sikit nyanyi. Sikit-sikit drama. dah tak ada kerja agaknya orang meLAYU ini.

Aku pandai berkata, tapi nak membuatnya terasa diri ini tidak mampu. Oppss ingat pengajaran yang lepas? Banyak bercakap, banyak salahnya. Wahai diri kenapa tidak insaf-insaf?

Aku teringat kata-kata cik mum kepada aku, "We don't please people, we only please Allah". Yups orang tak akan puas dan tak akan selama-lamanya puas. Aku sedikit marah dengan orang yang hanya memikirkan diri mereka sendiri. Memikirkan mahu kepuasan diri mereka sahaja. Apa mereka tidak fikir tentang orang lain? Berbuat semua tidak kena, mahu sahaja aku jadi jahat dan berkata disekeliling aku, lantak demolah demo. <---bahasa hati aku aje :)

Ada satu masa aku lemah dan aku tak boleh puaskan hati semua orang. Dan sekarang aku tengah lemah, jangan aku terlepas kelemahan sudah. Wanauzubillah. <---lega rasanya dapat lepas geram kat sini. Takpe la. Nampak macam aku dah ok, dan ada orang nak guna komputer. Kejap lagi ada kelas. Minta maaf salah dan silap. Wassalam.



No comments: