1/25/2005

SAYA

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini: Saya Sayang Saya. Saya Akan Buat Yang Terbaik Untuk Diri Saya. Kesannya pada diri saya, Keluarga Saya..

Hanya beberapa jam sahaja lagi akan ada test. Tak dapat menumpukan perhatian. Hari yang sedih sebenarnya. Datang kekuliah dengan mata yang agak bengkak dan tidak selesa. Namun alhamdulillah awal. Selepas ini aku cuba untuk kekalkan prestasi ini. Setengah sem yang pertama agak merosot bagi aku. Markah quiz untuk OS membuatkan aku malu untuk memandang lecturer. Malu. Banyak tanya dalam kelas, tapi markah.... Mungkin cara aku belajar untuk subjeck ni salah kot. Subjek menghafal. Aku agak kurang sikit. Akan cuba diperbaiki hari ini juga. Sekejap lagi Test JAVA, baru tahu tadi. Jam 11 lebih tadi. Wallahua'lam. Cuba untuk membuat yang terbaik. Mengulang2 apa yang tak ingat. Aku berdoa agar tak jadi macam OS. Terkedu bukan sekejap. :) Pergi ke library, library ditutup awal kerana urusan penambahbaikkan. Library sudah bertukar arah untuk sem kedua ini. InsyaALlah aku akan mengikuti jejak langkahmu wahai gedung library :) Last2 di Lab. Biarlah, dari balik kebilik dan tidur kerana tak tahu nak buat apa sebab banyak sangat nak buat.

Banyak kerja menanti. Aku nak senaraikan disini. Baru bersungguh hendak siapkan. Untuk peringatan dalam mencari diri.

1) Baiki kertas kerja EBS <--kena tolak sebab matlamat tidak sama dengan kehendak PIN<--nanti aku tengok balik
2) Aku nak siapkan assignment IPK200 lepas habis test nanti
3) Aku nak siapkan kertas kerja BH
4) Aku nak siapkan 3 tutorial math yang tertangguh
5) Nak siapkan Assginment JAVA
6) Nak baca ekonomi
7) Nak kurangkan tidur
Oklah. ada lebih kurang 2 jam. Doakan ya. Cuba mengulang apa yang terulang. Maaf salah dan silap. Selamat Hari Raya AidilAdha.

No comments: