2/13/2005

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:Library

Laman Web Menarik Hari Ini: www.sujud.cjb.net

Pengajaran hari ini:



Bila kertas kerja kena reject semalam, aku macam tak percaya. Aku tengok kesalahan apa yang aku buat sampai direject begitu sahaja. Sedangkan tarikh program yang dirancang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. PIN? Apa PIN tu? Tertanya2. Nak marah pun ada, mujur Encik Ismail tampil dengan senyuman. Yerlah, para pelajar tak diajar buat kertas kerja, tiba-tiba nak matlamat yang macam PIN nak. Baru semalam aku tahu PIN tu apa. Pelan Integrasi Negara. PIN oh PIN. “Nah awak ambil ni ( dia photostat nota tentang PIN) balik study.” Lepas ucap terima kasih, lantas berlalu dengan keadaan mengigil. Lemah. Rasa tak berdaya pun ada. Banyak sangat benda yang kena buat, kertas kerja untuk BH tak settle2 lagi. Pergi ke koperasi, mencari coklat menambah tenaga. Kertas nota tentang PIN aku belek-belek. Macam tak percaya pun ada. Betul ke tak ;;; ß(Gelaran untuk orang atas) tu. Ada beberapa surah terletak dibelakang nota tu. Surah tentang menyedarkan kita tentang tujuan kita hidup didunia ini. Surah-attin(4-6), Surah Al-hijr dan banyak lagi termasuk Hadis Rasulullah. Macam tak percaya. Betul ke ni? Betul ke dia hendak program yang berlandaskan al-Quran ni. Memang tak percaya yang aku sekarang berada dalam keadaan ini.

26/1/2005( 9 malam)
Petang tadi aku tersenyum lebar, dapat satu msg yang aku nanti-nantikan selama ini, ingatkan daripada ketua aku (ada projek), tup-tup yang lain pula yang msg, Daripada orang yang tidak aku sangka-sangka akan dapat msg daripadanya. Panjang benar senyumanku. J Namun maaf ku pinta tak dapat membalas. Baru berniat tidak mahu top up, J nampaknya kenalah jawab msg dari yahoo msger, 2 msg yang lepas tak terjawab kerana masa tu ada kuiz akaun dan lagi satu sebab tak de kredit kot. Mujur aku tidak senyum panjang hingga ke padang kawad. Mesti budak-budak kata aku tak betul. J Hari ini pelajar-pelajar menduduki peperiksaan, anak buah pertama menduduki peperiksaan. Berjalan balik bersama Ina, mereflek diri, banyak sebenarnya yang aku tidak tahu pasal kawad ini, tetapi sudah mengajar. Rasa bersalah menerpa diri. Berjalan-jalan ternampak motor di PI. Aku suruh Ina intai nombor plat motor tu. Masa tu aku tak pakai spec. Ina tak nampak. Aku pergi ke motor dan intai plat motor. Betul la tu. Ternampak seorang sahabatku. Sedang tekun mengulangkaji untuk imbasan terakhir mungkin. Salam ukhwah bertaut. Sesuatu berlaku. Aku tiba-tiba rasa sedih. Ya Allah kuatkan hati dia. Aku terduduk di tangga. Berpura-pura mencabut tali kasut, padahal aku terlolai, tak terdaya untuk berdiri lagi. Ya Allah, kau tabahkan hati sahabat ini. Lama juga aku terpaku diatas tangga. “Penat ke” katanya. “Tak lah” jawabku. Nak nangis pula rasanya. Ya Allah, kau tabahkan hati dia. Mudahkan dia Ya Allah. Hipotesis diri ku, mungkin dia tak telefon baru ini sebab kejadian tu berlaku kot. Selalu dia akan menelefon dan ucap Selamat Hari Raya. “Balik dulu ya” kataku. Jalanku longlai, hanya mampu menunduk. Sedih tak tertahan.


Tarikh : 27/1/2005 jam 8.03 malam
Lokasi : Bilik

Saya tidak keruan hari ini, benar-benar terasa sedih di malam Jumaat ini. Tidur dalam kesedihan semalam. Apa yang saya buat saya sendiri tidak tahu apa maknanya. Menkoreksi diri. Mendapat pengajaran, jika tidak mahu rasa bersalah, jangan cuba buat salah. Saya mahu kesempurnaan, tetapi saya tidak mampu memberi kesempurnaan. Saya mahu yang terbaik, tapi saya tidak mampu memberi yang terbaik. Dan sekarang saya menghadap komputer setelah saya tidak tahu apa yang patut saya buat. Saya betul-betul rasa tidak selesa namun saya tidak tahu puncanya. Selama 2 jam saya menghadap diri di hadapan mesin ini. Saya benar-benar tidak tahu apa yang perlu saya buat. Baru sekarang saya paham. Dan saya paham, segala kesulitan itu ada sebabnya. Segala yang berlaku itu ada sebabnya. Dulu saya tertanya-tanya dan sekarang saya memahami dan saya benar-benar kecewa kerana saya tidak mampu untuk buat sesuatu untuk mengubahnya. Saya benar-benar tidak mampu.


Jam menunjukkan 3.49 pagi. Sudah masuk 28 hb hari ini. Hari Jumaat, tinggal beberapa jam lagi sebelum program bermula. Ikutkan nafsu tidur, mahu sahaja saya panjat naik keatas katil dan tidur. Esok ada satu agenda yang besar. Kuliah Fardu Ain yang julung-julung kali diadakan di Surau Redang. Surau yang dahagakan penghuninya. Saya perlu pastikan semua turun. Saya tidak mahu jadi seperti program yang lepas, sama-samalah kita berdoa. Lusa ada program BH. Program yang pertama yang perlu saya laksanakan. Pedih sungguh tadi. Seperti terkena ke batang hidung. Saya tidak buat kerja. Saya tidak tahu kerja apa yang perlu saya lakukan sebenarnya. Pedih, dan saya hanya mampu menunduk menahan malu. Padan muka saya. Lain kali jangan bercakap. Hmm sedihlah pulak. Lain kali saya mahu berdiam diri sahaja. Saya cuba untuk pinjam kemera digital esok. Saya perlu melakukan yang terbaik. Saya perlu melakukan yang terbaik seperti ditempat adik saya belajar di Kuala Lumpur. Saya akan cuba bawa suasana ditempat adik saya belajar dalam konteks pengurusan disini. Doakan saya semua. Saya perlukan doa kalian. Mahu mengulangkaji sedikit hari selasa ada dua test. Doakan saya ya.

425 pagi, saya perlu lepaskan tekanan saya. Saudara saudari pernah dengar ayat; “ Apa perkembangan projek?” Sudah daripada 3 orang saya dengar perkataan yang sama, seperti sudah tidak ada perasaan. Namun saya cukup tertekan bila mengingatinya. “Tekanan boleh membuatkan seseorang kreatif” Prof Izuddin. Saya sungguh malu sebenarnya. Apa yang berlaku benar-benar memalukan saya. Sebagai pengajaran kepada saya. Jangan berkata, jika tidak mahu dikata. Maafffffffffffff tanggungjwab tidak dilaksaakan dengan baik. Saya tidak suka kena marah, Saya benci kena marah. Saya benci, pedih rasanya. Patutnya saya print sahaja kertas kerja dan tunjukkan kepada mereka. Geram. Gerammmm. Rasa nak letak jawatan aje………………….wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa








11.2.2005 (9.14 malam)

Sudah 8 hari peristiwa itu berlalu, namun sedar tak sedar ia benar-benar mempengaruhi emosi aku. Yang paling teruk adalah









12/02/2005

Selamat hari lahir sahabatku. J hari ini genap 4 hari aku bercuti di kolej . Sempena dengan hijrah ini, aku pun kena berhijrah daripada tak sempat-sempat nak study kepada cari masa untuk study. Aku cuba sedaya upaya, biiznillah, untuk catch up balik apa yang tercicir dan banyak sebenarnya dan dalam masa 4 hari ini aku lebih tertumpu kepada JAVA yang mengutip 20 markah merangkap 10 persen of my programming course. Doakan. Sedih sebenarnya, masih tidak berkesempatan untuk betul-betul untuk menghadap dan membelai manja buku math. Doakan ya. Aku tidak mahu lagi perasaan malas ke kelas math itu ada lagi. Aku mahu ke kelas math dengan bersemangat. Wish the best of me? Barangkali aku akan bersemangat atau tidak ke kelas math lusa? Doakan-doakan sahabat-sahabat semua. Seperti banyak aku ketinggalan. Tak tahu mana nak bermula. Kadang-kadang nak nangis pun ada. Ingat wahai diri, dah berjanji untuk hantar assignment 2 and 3 hu hu ( dua sekali tertangguh) itu belum campur tolak math lagi. Teringat kisah yang dibawa oleh kakak tentang perasaan kecewa. Macam ini ceritanya, kisah ini tentang sifat putus asa. Kalau kita rasa putus asa and then kecewa, itu sebenarnya mewarisi sifat syaitan, even kita berusaha bersungguh-sungguh selepas perasaan kecewa itu muncul. So jangan cuba wujudkan perasaan kecewa tu. J
Baiklah, sampai disini.

Things to do :-

1) FESKO ( hijrah) due date 13hb22005 ( + pelan tindakan)
2) Assignment 2 and 3 due date 15 hb 2 2005
3) Assignment math 3, 4 , 5 , 6 due date 14hb 2 2005
4) Laman web ( dreamweaver project ) cepatlah sikit buat.
5) Gotong royong 18 hb ( pelan tindakan)
6) Back up study of csc s 218
7) Back up study for economic
8) Back up study for math
9) Back up study for IPK
10) NAK FINAL DAH WEIIIIIIII
11) POsa, Posa, Posa ( baik untuk bunuh nafsu)

Dalam Mencari Diri
Episode pukul 9.00 malam 12 Februari 2005 di Bilik 216
( lagu t3ma : Lilin Seorang Guru-Inteam)
Dan aku telah buat keputusan, bila keputusan ini tidak seiring dengan kehendak nafsu, maka aku berkeputusan untuk menjurus untuk terus bermujahadah dengan nafsu. Sejak kebelakangan ini aku asyik memberi nafas kepada nafsu sahaja, makanan untuk rohani langsung aku tidak usahakan. Dulu aku bukan macam ini. Dulu aku tidak pernah menolak dan tidak pernah takut untuk menjadi seperti lilin yang terkorban kerana hendak menyalakan orang lain, kerana aku yakin dahulu bahawa what u gives that what u will have back Aku tidak pernah takut untuk gagal tetapi aku kini tersekat, dan seperti susah aku mahu mengimbangi waktu. Dan sebenarnya aku juga tertekan dengan budak-budak yang suruh aku mengajar, aku tak tahu kenapa aku. Bila kerelaan tidak menjadi faktor maka aku sering berdalih dan kemudian rasa bersalah akan timbul. Kedekut ilmu ke aku? Atau aku suruh diorang berdikari? Di mana letaknya diri aku? Hendak suruh diorang belajar atau malas mengajar? Seolah hilang kemanisan mengajar dan tiap-tiap hari aku tertekan. Semangat aku sudah hilang sebenarnya. Dulu aku bukan macam ni. Kenapa ya? Takpela. Cuba untuk melawan apa yang patut dilawan, maka aku berkeputusan untuk memberi sedikit masa aku kepada adik-adik dicelah waktu maghrib dan isyak. Aku rasa tidak bersalah, mereka dapat apa yang mereka nak dan surau terimarah. Amacam ok tak? Keputusan ini aku buat selepas tangan aku terkena percikan air panas (sekejap tadi) dimana aku sedar nikmat yang Allah bagi tak akan selamanya ada pada kita. Mungkin hari ini mereka perlukan aku, mana tahu kirannya aku perlukan sesiapa selepas ini. Wallahua’lam. Takbir…

p/s teringat pantun seorang senior beri kepada aku suatu masa dahulu :-

Usah dilayan emosi membara,
Jadikan pelajaran matlamat utama;
Biarlah orang bersuka gembira;
Asalkan kejayaan digenggaman kita.

No comments: