5/27/2005

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi: Rumah


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, setelah sekian lama, setelah "berlama" mendiamkan diri, alhamdulillah, biiznillah, kembali juga saya dilapangan penulisan.

Sahabat-sahabat semua, apa khabar? 27 Mei, usai 10 hari usia saya telah menjengah ke-22, kalau diterbalikkan pun masih 22 InsyaALlah. Baru saja pulang dari kampung, setelah bermusafir agak lama2 menyinggah keberapa tempat. :) Alhamdulillah, akhirnya hanya tinggal 2 minggu sahaja cuti bersih untuk dibuat benda-benda yang patut dibuat( setakat ni banyak tidur) ehehe. Tak baik betul kan? Alhamdulillah, result telah pun keluar, syukur pada Allah, hem, syukur sangat-sangat.

Kahwin?
Baru-baru ini, ke kampung, bermalam dirumah makcik, terserempak dengan anaknya, terkejut, dah berbadan dua, memandangkan ke arah mak long. " Alamak dah besar rupanya aku" ehehe. Dah tak lama sebenarnya angin-angin tu nak menjengah, tapi aku masih macam budak-budak. Langsung tiada tokoh untuk memikir kearah itu. Lebih-lebih lagi bila ter..dalam ni. Situasi sudah berlainan.

Sejak 9 hb 4 yang lepas, sebenarnya satu titik anjakan yang besar berlaku dalam diri ini.Cuma aku yang masih tidak paham-paham. Atau mungkin aku yang tidak cuba untuk lebih memahami. Mungkin hati terlalu kotor. Aku tak layak sebenarnya. Menangislah wahai diri. Engkau memang tidak layak. Langsung!!!

Saman?
Nak cerita, kisah kena 'saman' tak kena lagi sebenarnya. Masa tu nak dijadikan cerita, adik aku merajuk. Nak naik bas ke IPT. Aku gi pujuk. Masa tu pakai scooter, bawak topi keledar satu aje. Masa tu dah nak maghrib. Aku intai dari jauh adik aku tu, tak nak bas lagi. AKu pun pujuk. Jom teman aku beli barang, lepas tu aku hantar ko... di jadikan cerita, masa tuh nak maghrib dah, kami pun redah kl tu naik motosikal sorang tak pakai topi keledar, puh...memang bimbang...sampai lampu isyarat pun langgar( masa tu sikit lagi nak sampai rumah) Pakcik polis memang dah tunggu kat situ. Masa tu pakai jubah. Hampeh! Pakcik2 saya jumpa adik saya kat bas stop, saya nak hantar dia balik nih. Habis kena ceramah ngan pakcik tu. Cepatlah pakcik, nak maghrib nih. Heheh. Alhamdulillah, lepas. Hu hu hu. Kesimpulannya, : - ditujukan kepada seseorang sebenarnya, jangan sedih ye. Hmm. <---tak lawak pun cita.

takper la. dah lewat benar. Lama sangat dah nih di cc. Oklah ye. Maaf salah dan silap. Wassalam.

No comments: