6/24/2005

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini: Sin Yaa Aliff Sin Aliff Haa


Sekadar mengingatkan anda semua yang bijaksana belaka.

Aku jadi sakit kepala dan hati bila orang kata: Politik itu kotor. Aku tak mahu terlibat dengan politik.

Bodoh takpe. Jahil pun tak apa. Asalkan mahu belajar dan tahu perkara yang sebenar-benarnya. politik itu maksudnya seni mentadbir manusia Macam mana kau nak mentadbir kalau kau tak tahu politik(tak tahu urus manusia?) politik itu sebahagian dari kehidupan dan automatisnya sebagagian dari Islam.

berpolitiklah secara Islam. Tak perlulah aku terangkan apa itu ISlam kerana tuan puan berMASTER dan berPhD semua. Cukuplah mengingatkan Islam itu hukum Allah. Jangan tafsir ikut nafsu manusia.

Aku, cill ini hanya tahu sejengkal dari selautan. Maka sejengkal itulah yang wajib dia sampaikan. Andai tuan puan tahu berkolah-kolah, maka berkolah-kolah itulah juga yang wajib dikongsi bersama.

Tapi ingat! Air tak semuanya boleh diminum. Ada yang memabukkan dan memudharatkan. Dan ada yang namapak elok sahaja oleh orang yang tak tahu, tapi ada klorin berlebihan. Klorin memang bagus. Tapi bila dah berlebihan, dan tak dijerang, ia boleh membunuh dengan perlahan-lahan. Atau kalau buah pinggang kau dah rosak, kau mati sahajalah

Pasti kau akan cakap: Ala, semua pun mati.

Aku jawab la:

Betul, betul. Mati dalam iman, kan?

:)
Cillc

No comments: