6/28/2005

:) Last Day In Home

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi: Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini: http://hadwan.net/mp3/nasyid/saf05

Pengajaran hari ini: Belajarlah dari anak-anak kecil, berselawatlah tika dirimu dilanda resah.

Alhamdulillah, berlangsung dari rumah, mode hati: Tidak bercelaru tapi sedikit mendung kalau dilayan-layan. :D Alhamdulillah sihat lagi, doakan saya ye. Dah lama tak menulis diwaktu-waktu begini, selalu(dahulu) sering mencari cerita untuk dilakarkan kedalam diari hidup. Sentiasa mencipta kenangan supaya ada berita untuk dikhabarkan disini. Berbekalkan tema " Berjalan Melihat dah Mentafsir"

Hidup ini adalah sebuah perjalanan, kadang-kadang kita diatas, dan kadang-kadang kita dibawah. Banyak sebenarnya yang telah berlaku pada saya, tapi saya tidak berkesempatan untuk mencoret disini. ( Suatu kerugian)

Semalam, saya sempat belajar sesuatu daripada anak saudara saya. Anak saudara saya ni suka, minat sangat-sangat pada kereta. :) Nak dijadikan cerita, saya dirumah asyik guna internet, sikecil ni pula hendak bermain game computer. tekun dia menunggu sehingga saya selesai kerja. :) Lagi satu budak-budak ini jujur. Terlalu jujur. So kita kena belajar dari diorang. Cuba lihat gelagat sikecil, dan ikut kalau mana yang boleh diikut sebab budak-budak mana ada dosa lagi. :)

Masa benar-benar seperti arus deras, saya rasa baru sahaja berlenang-lenang dirumah dan sekarang saya akan menaiki bas pulang kedungun. Doakan selamat ye.

Minta maaf salah dan silap, ada masa kita bersua lagi. Wassalam

No comments: