6/24/2005

Subjek: Saya tidak minta anda baca kerana saya sekarang blog ini jadi tempat saya lepas geram

Kadang saya sering berlawan dengan hati saya. Seakan ada bom jangka yang akan meletup bila-bila masa. Dan saya khuatir bom jangka ini akan meletup pada masa yang tidak sesuai. Wa nauzubillah. Kadang-kadang saya rasa marah, tapi marah itu sekedar dalam hati, kadang-kadang saya sakit hati, memendam rasa dan saya benar-benar amat marah! ( Ni tgh marah ni) heheh. Alhamdulillah lega sikit.

Bahaya, kerana saya memendam, Bimbang jadi barah, dan pada masa itu baru tahu sapa saya. hehe. Sebenarnya tidak guna marah, cuma saya tidak jumpa lagi kaedah untuk saya buang bom jangka ni. Maksud bila dikumpul jadi bom jangka, tapi nak buang kat mana? Buang kat blog?

Bila bekerja, hendaklah siketua jaga kebajikan para pekerjanya. <-- kata-kata ni saya pegang. Kata-kata dari Kak Nie ni terkesan dalam diri saya dahulu. Masuk dalam hati. InsyaAllah.

No comments: