7/31/2005

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Assalamualaikum. Sekadar berkhabar dari bumi dungun. Hmm. dah lama benar tak mencoret. Terbeku kejap. ( malas nak berbaku-baku lagi). Cakap pasal bahasa baku ni, saya teringat suatu kisah ketika saya menjalankan tugas menyambut adik-adik baru untuk semester ini, awal bulan 7. Semester ini agak mencabar. Cuma nak cerita, sebenarnya dari cara kita bercakap (baca menulis juga) memainkan peranan penting dalam orang lain memberi tanggapan kepada kita. Dari bahasa kita dan dari segi kita bercakap orang sudah boleh "judge" kita ini bagaimana, adakah sekadar mengambil sesuatu secara serius atau tidak. Contoh lagi, jika penyampaian kita adalah teratur dan berkesan, maka orang akan pandang kita sebagai orang yang teratur dan berkesan dan lagi jika kita bercakap seperti keanak-anakan, atau sepangkat dengan cara adik-adik kita bercakap, maka seperti adik-adiklah kita akan dilayan (tiada perasaan hormat). Saya mula sedar perkara itu apabila melihat seorang daripada rakan seperjuangan yang bercakap dengan bahasa baku (ahli kelab debat, seusia dengan adik ketiga saya)mendapat perhatian ramai, bukan kerana kerja berat yang dilakukan, tapi caranya yang bijak bercakap. Maka selepas itu saya mengambil berat tentang cara bercakap, dan mula bercakap baku apabila memberi arahan.

No comments: