8/08/2005

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:Makmal

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini: Siapa lambat, dia kena tinggal!

Bayangkan, yang anda sedang menunggu bas, dalam asyik menunggu bas, anda terleka sebentar melihat keadaan sekeliling anda. Tiba-tiba anda perasan yang bas yang anda mahu naik telah terlepas. Anda tunggu lagi, dengan harapan, pakcik bas tu paham keadaan anda yang tunggu bas sudah lama, tapi oleh kerana anda asyik melihat orang disekeliling, anda sekali lagi ditinggal. Anda sedih, sebab bukannya pakcik bas tu tak kenal anda, selalu naik bas, sudah tentu kenal rapat.
Kesannya, anda terpaksa tunggu lama lagi untuk naik bas yang sepatutnya anda naiki dalam mungkin beberapa jam yang lepas.

:) Hari ni, baru saya sedar, banyak sangat "bas" yang saya tertinggal, samaada lambat sangat mengecam "sign arah bas" itu, atau mungkin kerana terleka. Dunia kini terlalu pantas, sedar2 sudah seminggu berlalu, sudah 168 jam berlalu, dan mungkin kita tidak sedar yang jam itu berlalu dengan pantas. Semalam saya termanggu, mula membudget masa yang tinggal hanya beberapa jam sebelum kepukul lapan pagi hari ini. Tiba-tiba saya tersentak, apa yang sudah saya lakukan dengan seratus enam puluh jam yang lepas. Bagaimana saya boleh terlepas begitu sahaja. Hmm. Dan hari ni, sekali lagi saya terkejut, tiba-tiba sudah 5-3 minggu berlalu dari due date propasl yang tiga kali ditolak. Dan hari ini tiba-tiba pensyarah tu berkata, "nasiblah, siapa yang hantar dan kena reject, kenapa tidak buat semula dengan cepat." dan bagaimana pula saya boleh terlupa yang saya kena hantar semula propasal yang tertolak itu, sedangkan saya yang mula-mula hantar kepada pensyarah tu sebelum direject. Tiba-tiba saya rasa tertinggal bas. Siapa suruh LEKA!

No comments: