1/17/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:antara saintis dan kupu-kupu

Subuh




--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wrt

Kisah ini sering saya sebut dalam ceramah-ceramah yang saya sampaikan mahupun
dalam kelas semasa kuliah Kejuruteraan Mekanikal yang saya ajar.

Ia mengisahkan seorang saintis yang asyik memerhatikan kepompong. Dia dapati si
anak kupu-kupu bergelut untuk keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis
tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si anak kupu-kupu itu tadi.

Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut dan badannya agak kecil.
Saintis itu menunggu dengan harapan badannya akan membesar dan kepaknya akan
mengembang. Sangkaannya meleset sekali kerana kupu-kupu itu cacat seumur hidup
dan tidak dapat terbang.

Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu perencanaan Allah swt
agar cecair dalam badannya mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak
tersebut dan memperkukuhkan binaannya.

Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan, perjuangan dan usaha
gigih diperlukan agar kita berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau
Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan dan pergelutan -kita akan
gagal dalam kehidupan kita ini.

"Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If Allah allowed us
to go through life without obstacles, it would cripple us. We would not be
asstrong as we could have been. And... we would never fly."

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham







Zohor



Asar



Maghrib





Isyak

2 comments:

Anonymous said...

salam'alaik! kemas dan menarik :)teruskan usaha kejar balik, dik! ilaiki bi najah!
uwais

Dr. Hishamuddin bin Alham said...

Assalamualaikum wrt

Terima kasih kerana memanjangkan coretan saya yang tidak seberapa. Moga ada manafaatnya. Kalau sudi lawatilah laman web saya:

http://hishamalham.blogspot.com/

Dr Hishamuddin Alham