2/09/2006

10 Muharam 1426

Allahyarham Wan Muhammad Danish

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:
http://jasakom.com/

Pengajaran hari ini:
Syukurilah nikmat yang ada, pergunakan sebelum ditarik balik oleh Allah
Hari ini:
10 Muharram 1426/9Februari 2006




Subuh(6.11 am)







Zohor (1.21 pm)

Alhamdulillah syukur kepada Allah, Tuhan semester alam kerana dengan limpah kurniaNya, masih lagi saya sempat mencoret disini. Juga syukur saya kepada Allah, kerana hari ini saya telah berjaya menggunakan internet menerusi laptop di library. Bukan satu benda yang senang untuk memperoleh internet ni. Lama juga, dan kelamarin Allah berikan rexeki kepada saya untuk memperoleh wayar utp yang digunakan untuk menyambung dari internet ke laptop. RM 5 semeter, walaupun sebenarnya saya telah tahu harganya hanya RM2.50 semeter. Tapi takper la, mungkin peniaga tu baru sahaja nak mulakan perniagaaan.

Sebenarnya banyak benda yang berlaku sejak kebelakangan ini. Cuti pertengahan semester baru ini pun saya tidak balik kerumah kerana sibuk dengan beberapa perkara. Hari ini sudah pun 10 Muharram/ 9 hb Februari 2006, sedar tak sedar sudah sebulan 9 hari saya telah berada dialam kuliah, kira-kira lima minggu kuliah, hanya tinggal lebih kurang 5 minggu lebih sahaja kuliah yang tinggal.

Hmm, tidak boleh saya coretkan dengan kata, banyak sangat perkara telah berlaku sejak kebelakangan ini terhadap saya, keluarga saya, sahabat-sahabat kesayangan saya disekeliling saya.

Kronologi
29/10/2005
  1. Wan Muhammad Danish disahkan kena luekimia, tandanya ada tanda merah seperti kena tumbuk.
  2. Makan ubat, kena dua suntikan dalam seminggu, berak berdarah, pembedahan dilakukan.

26/11/2005

Wan Muhammad Danish yang berusia 2 tahun lebih telah kembali ke rahmatullah

Saya gagal 3 subjek

26/12/2005

Che Da ke Mekah, saya masuk ke U, pengajian ditangguh ke 1/1/2006 kerana ada pelajar-pelajar U terperangkap dengan banjir.

1/1/2006

Saya memulakan kuliah

26/1/2006

Cuti pertengahan semester bermula. Bertolak ke Negeri * untuk Kursus 3K

27/1/2006-1/2/2006

Kursus 3k

Selepas 29/1/2006

Semua ahli keluarga seorang sahabat saya terkena sihir. Kakaknya baru berkahwin.

7/2/2006

Wallahualam, setakat ini, saya nak sambung buat assignment.






Asar (4.42pm)





Maghrib(7.19pm)





Isyak(8.26 pm)

1 comment:

Anonymous said...

semoga tabah hadapi dugaan..