2/11/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini


Pengajaran hari ini
Jadilah manusia yang bermanafaat kepada orang lain

Hari ini

12 Muharram 1426/11 Februari 2006



Subuh (6.11 am)

Semalam sewaktu saya hendak ambil makanan di dewan makan, orang yang didewan makan tu kata: " Awak....awak ke.... awak ke yang kejut orang bangun subuh pagi2? Baguslah kalau awak kejut orang bangun subuh pagi-pagi."
Saya tergamam, macam mana orang nih tahu, mula berperangsaka buruk, orang ni ngintai ke? Tapi itu bukan soalnya. Soalnya pertanyaannya telah membuatkan saya termuhasabah kembali. Realitinyalah, hanya beberapa kali sahaja saya mengetuk bilik pelajar-pelajar di kolej saya (hanya beberapa ketukan di pintu yang keras ) dan itu berlaku disemester lepas, dan semester ini langsung saya tidak buat. Hmm. Soalannya tu benar-benar buat saya tersentak. Kenapa saya tidak ketuk lagi.?Hmm.
Dulu.....saya tidak betah duduk lama-lama di surau, baca mathurat, sedangkan kawan-kawan lain tidak bangun lagi untuk solat Subuh. Dulu saya risau kawan-kawan malah budak dibilik tidak bangun solat subuh lagi. Sekarang? Kenapa perasaan tu tidak ada lagi? Mungkin hati saya telah kotor. Banyak sangat titik hitam.
Saya masih ingat pada suatu program anjuran HEP, bilamana seorang Dr. Hassan Baharom tanya berapa orang yang tidak bangun untuk solat Subuh? Saya rasa ramai, ramai sangat pelajar lelaki dan perempuan yang MENGAKU tidak solat Subuh.
Sebenarnya sahabat-sahabat, ketuk bilik sahabat untuk solat Subuh ini adalah satu jihad. Tidak percaya cubalah buat, betapa payahnya dan sakitnya tangan. Tapi (PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI) sementalah ALLAH izin tangan kita ini sihat dan kuat, maka gunkanlah nikmat ini sebaik-baiknya. Kalau Allah nak tarik nikmat sekejap sahaja. Saya pernah lihat nikmat ditarik, saya pernah melihat anak sedara saya yang sangat pintar, aktif berlari kesana kemari, tetiba terlantar dihospital tidak berdaya. Saya pernah melihat adik seorang sahabat, sihat cergas tiba-tiba menjadi tidak berupaya. Saya pernah lihat seorang atuk mengeram kesakitan, tiba-tiba tidak ada lagi pada malamnnya. Segala-galanya akan berlaku dengan pantas dengan izinNya. Hmm, apakah saya tidak insaf lagi?

Zohor (1.21 pm)



Asar (4.42 pm)

Tadi saya dapat tawaran untuk mengajar di Pusat Tuisyen. Disuruh datang temuduga sebelum jam 6 petang bersebelahan dengan sek men sains dungun. Opps. Pn Raja. Dengar-dengar macam orang India. Saya tidak membuat keputusan lagi. Sedang bertolak campur dengan keadaan saya sekarang yang sibuk bukan sahaja dengan pelajaran, malah 'persatuan' Tapi sapa suruh gatal-gatal msg orang tu minta kerja. Hehe. Wait and see apa akan jadi lepas ni.


Terasa sayu pula diri ini. Hmm, mungkin terlalu susah hendak jumpa orang yang dengar ikim.fm disini, maka saya berhentikan lagu nasyid di laptop saya. Walaupun sayup-sayup kedengaran, tapi seperti tidak percaya library ini ada orang pasang ikim!

Maghrib (7.20 pm)





Isyak(8.26)

1 comment:

nailofar said...

askum ukht..terus menulis