3/19/2006

Baiti Jannati

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Subuh



Zohor



Asar

Saya kepeningan, bising pula suasana di perpustakaan ini. Tidak dapat menumpu perhatian, serasa mahu menulis episod hidup buat pengajaran diri. Banyak yang berlaku dalam episod hidup saya dalam beberapa ketika ini. :) Saya hanya mampu tersenyum setelah teringat tangisan, kesusahan kelmarin.
Teringat ayat Al-Quran:
"Setelah kesusahan ada kesenangan"
Allah berjanji dan Allah tidak pernah melanggari janjiNya. Pula begitu Allah tegaskan dua kali.

Sekarang ni saya betul-betul dalam keadaan yang pening. :) tapi tak mengapalah
Hmm, teringat tangisan demi tangisan yang keluar dari mata saya ini. :) Saya hanya tersenyum dikemudian hari, mengenangkan mengapa saya perlu menangis?

Banyak yang berlaku, terkini saya pergi ke kl, bertolak lebih kurang 4 pagi hari sabtu dan pulang semula 4 pagi hari ahad! Phuh, memang mencabar! Saya ke Gombak, usai selesai urusan, saya bawa sahabat-sahabat ke UIA, hehe, ambik gambar sikit-sikti terus ajak balik, risau mak marah balik malam sedangkan saya perlu bertolak diawal pagi nanti. Pula tu saya dah berjanji pulang diwaktu petang.

Dah lama sangat saya tidak pulang kerumah, mungkin sebab itu saya ada kekuatan untuk mengikut sahabat-sahabat ke program disamping pulang ke rumah curi2 lihat keluarga. Pagi esok pukul 1 pagi Adam akan ke Sarawak PLKN disana.

"Jannah" semakin kurus, rambut semakin lebat disesetangah kawasan, manakalan dikawasan lain tidak tumbuh langsung. Saya risau lihat keadaanya, kurus + demam + ada beberapa biji dibahunya.

"Atang" telah membahasakan nama asalnya, semakin bijak dan "handsome", sayang bakat kecerdikan dia tidak diasah oleh kami. Hmm, rugi2. berangan lihat Darwish jadi Al-Hafiz!

Sedikit sebanyak terubat rindu pulang kerumah, sungguh hebat pengorbanan ini. Hmm. Ada harga yang perlu dibayar jika kita menangih kasih sayang ALlah.

Untuk seminggu lepas bermula hari selasa, hidup saya sungguh sibuk. Alhamdulillah, sungguh syukur sangat2 Allah kirimkan nikmat kesibukan saya membuat kerja ni. Bermula kuliah diawal pagi, singgah ke gerai pukul 12 tgh untuk buka gerai dan beli barang2 untuk keperluan menjual, pulang dari kedai solat, sambung pergi kekuliah, balik kuliah terus ke gerai, lihat dan beli apa yang patut, sampai le ke pukul 12 tgh malam. Lepas tu post mortem, balik ke bilik, mandi2, turun kesurau, buat kerja "sekolah" hingga pukul 3 pagi dan bangun 5.51 waktu subuh, pegi kekuliah. Ya ALlah, syukur sangat diatas nikmat kesibukan ini.

Tiba-tiba hari ini terasa kekosongan, seperti banyak sangat waktu. Saya rindu, Hmm, walaupun mata saya selalu bengkak dalam seminggu yang lepas, selalu menangis, selalu buat orang menangis, namun syukur nikmat Allah ini. Tidak terharga!

Saya masih ada lagi hutang dengan 2 orang pensyarah, 2 asgmnt. InsyaALlah, cuba pupuk semangat jihad untuk buat kerja ni. Jihad, hadiah untuk Islam dan emak, semangat untuk sahabat-sahabat lain! Tanggungjawab kepada LPKA!

Hmm. Sebelum hari kejadian hari selasa yang lepas, saya sudah sibuk, membantu seorang sahabat ini untuk mengira-ngira bagaimana untuk membuat gerai dan bagaimana untuk mencapai target ini. ALhamdulillah ALlah anugerahkan saya anugerah ini, saya dapat melihat flownya, tapi cara saya menyampaikan idea ini, rasanya tidak sesuai dengan keadaan sahabat-sahabat lain! Hmm, kadang-kadang saya rasa tidak mahu bagitahu, tapi... biarlah orang nak kata apa, saya perlu niatkan kerja saya kerana ALlah, urusan saya kerana Allah. Tapi saya perlu ubah cara saya!

Antara yang berlaku dalam 2 minggu lepas. 3 hari yang lepas ada meeting DH, dh putuskan untuk buat tu1 pada hari khamis, adhoc di tubuhkan, saya tidak ada dalam senarai, tapi takper la, saya berganding pening dengan habsah, menguruskan urusan GERAI, pergi kesana kemari, merancang apa yang perlu dibuat, beri tahu apa yang patut (Allah beri idea) seperti perlu budget kos dan untung setiap barang2 dan target untung, berdasarkan target untuk perlu merangka apa yang perlu dijual dengan kuantiti berapa dengan sukatan barang yang berapa. Ajk product tertubuh, ajk finance tertubuh, ajk props & special task tertubuh. Takbir!

Usai TU1 malamnya meeting gerak kerja, tidak ramai yang hadir, malam isnin pula meeting, petang sebelum meeting saya suruh she, pergi cari barang-barang yang besar.

Alhamdulillah, hari pertama sedikit kalut, terlupa beritahu yang ajk2 marketing dan props perlu ada digerai pada pukul 12 untuk selesaikan urusan pembukaan gerai, gerai dibuka lambat, jualan berlangsung lambat, lauk tidak habis, saya bimbang menegaskan kepada ajk marketing dan product perlu berbuat sesuatu, menerangkan kepada has apa yang perlu dibuat, mungkin tidak nampak dia agak tertekan dengan cara saya, saya katakan mereka perlu senaraikan mengikut budget yang telah dibuat. A2 juga agak tertekan, akhirnya saya perlahankan dan ubah cara saya bercakap, terang slow2 apa yang perlu dbuat, syukur a2 akhirnya paham apa yang saya maksudkan. dan esoknya segala-galanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah, saya kegerai kul 12, buka gerai, beli barang, syukur sangat2.

bersambung....
















Maghrib





Isyak

No comments: