3/28/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Subuh



Zohor



Asar



Maghrib





Isyak
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur sangat-sangat. Allah permudahkan urusan. Hmm. Kad matrik telah jumpa semula, kunci motor pun ada, sweter ada, alhamdulillah. Benarlah kata-kata Allah dalam kitabnya " Selepas kesusahan ada kesenangan"
Malam tadi saya agak geram. Bunyi music yang bukan2 dari komputer budak bilik, saya larikan diri ke bawah di surau, dan pagi tadi sewaktu saya study pun berbunyi lagi. Tapi takper la.
Usai kelas pukul 12 tadi, saya pergi buat kunci loker, pindahkan barang ke loker baru, letak laptop. Kemudian saya ke pakguard mengaku siap-siap yang kad outing tidak ada. Disuruh saya pegi isi borang, saya pun isilah. Usai isi, saya keluar dan naik bas, kira 1250 something bas jalan. 230 sampai, mencari surau solat 3 lebih saya mula mencari. Pergi ke kauter HIMDA, katanya tidak ada, pergi ke gerai nasi ayam, tidak ada, pergi kekedai keropok tiadk ada, pergi menjenguk di TRANSN tidak ada. Saya pergi kearah bas, Warna merah jambu, jenguk2 jika itu bas yang saya naik, bukan. Bertanya2 ada lagi bas yang berwarna pink, saya tertinggal sweter, dan seorang pakcik tu kata ada, bagi no tel orang tu, sewaktu pulangkan, saya terjatuhkan hp dia pula. Hmm, rasa bersalah, mencari-cari orang tu tak jumpa. Pergi makan, solat asar, nampak lagi bas pink, pergi tanya semula. Dia kata sekejap lagi bas tu sampai.
Dan alhamdulillah, saya terjumpa konduktor hari tu, saya jumpa bas hari tu, terus bertanya sweter, alhamdulillah, barang2 penting ada.
Bertolak pulang 545 sampai pukul 7.30, solat maghrib, mencari satria untuk balik, tunggu2 tidak ada, kereta prebet ajak naik, saya menolak. Berkira2 mahu solat isyak dulu lepas hantar sms kepada kawan, nampak bas, batalkan dengan kawan suruh ambil, naik satria sahajalah. Bertolak2 masa, pakcik tu mahu menunggu orang. saya solat dahulu, dan saya sampai uitm pukul 10 mlam. Ke lib, menulis. Syukran semua yang mendoakan. Libbrry nak tutup

2 comments:

Rockerz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)