3/22/2006

Sahabat

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi: Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:
http://www.tuanguru.net/index.php

Pengajaran hari ini:

Subuh



Zohor



Asar

Alhamdulillah, syukur kepada ALlah, masih hidupkan saya hingga ke saat ini, sehingga saat tadi saya telah berdoa semoga Allah sibukkan saya dengan urusan dunia dan akhirat supaya saya tidak alpha melayan nafsu malas, dan sebagainya.

Tadi dalam kelas saya sedikit mengantuk, mungkin makan nasi disebelah tengahari tadi, erm, teringat saya doa itu senjata, lalu saya berdzkir perlahan didalam hati agar saya tidak melayan nafsu mengantuk.

Didalam kemengantukan tadi, saya sempat teringat sebuah kenangan pertemuan dan perpisahaan, satu persatu kenangan pertemuan dan perpisahan terpapar dalam kotak memori saya, yang paling terkesan pertemuan dengan seorang sahabiah, yang pada mula pertemuan adalah dengan air mata dan akhirnya juga dengan air mata. :) Disitulah hidup baru saya bermula.

Di semester pertama, saya terasa kekosongan, rasa untuk mengubah diri, menjadi seorang yang lebih cergas hadir dalam diri. Semasa semester satu, saya didalam kokurikulum kesatria, yang pada mulanya tidak tahu apa kesatria tu. Berbanding-banding dengan ko lain, saya rasa ko kesatria sesuai dengan jiwa saya, almaklumlah nak jadi askar wathaniah satu masa dahulu. Saya ambil kO tu, bermula hidup sibuk saya, hari cuti saya tidak seperti hari-hari cuti kawan-kawan lain yang bersantai di atas katil, yang sibuk di meja belajar mengulangkaji dan sebagainya. Seawal pagi, usai solat Subuh, saya ke padang Tenggol untuk menerima latihan. Jam 8.30 berhenti setelah mungkin 5-10 kali pusing padang, 10-100 push up dan lompat bintang. Phuh..Lebih kurang pukul 9 sambung semula untuk latihan tapi didepan Dewan Sri Sura, lebih kurang 15 mnt jarak perjalanan. Terus latihan berkawad dan lebih kurang 12.30 berhenti untuk solat Jumaat. 2.30 kembali latihan hingga pukul 4.30. Kalau ada lagi latihan, latihan akan bersambung daripada puku 5 hingga pukul 7. Pukul 9 malam bersambung hingga pukul 12, tapi kuliah dalam bilik kuliah. Saya hanya tersenyum, teringat bagaimana saya lalui benda-benda tu semua. Teringat bagaimana saya termegah-megah di bukit bauk selama 2 jam setengah, teringat 3 bukit naik dan turun sebelum sampai ke destinasi. MasyaALlah. Nikmat tu sebenarna kalau kita mengikut landasan syariat, jaga perbatasan antara lelaki dan perempuan. Hmm...

Semester kedua, lebih kurang begitu keadaan saya, semester ketiga juga bergitu, cuma saya agak sibuk dengan BH, kadang-kadang tak pergi juga latihan PT (baca physical traning) Semester 4 langsung saya tidak menjegah, buat sibuk2 dengan BH, dan masa semester 4 saya bukan lagi diri saya untuk kegunaan saya sahaja, tapi untuk kegunaan organisasi. Hmm, kadang-kadang saya rindu. Memang selalu perasaan rindu tu menjengah dalam diri. Saya masih teringat didalam Kesatria lah saya bertemu dengan seorang sahabat yang mengingatkan saya dengan dosa dan pahala ketika saya lalai. Arwah Hidayah, seorang yang berjiwa cekal, saya masih teringat dimasa latihan untuk pergi Jambori Apr 2004, kami kena buat aktiviti jalan lasak, berjalan 12 km, kira-kira 6 km pergi dan 6 km balik. Saya dapat mengenali arwah. Arwah seorang yang menjaga solat. Kami berpakat mahu berhenti je solat dimana-mana rumah(buat muka tak malu) untuk solat jika waktu solat zuhur telah masuk. Pada masa tu lah saya rasa saya telah berjumpa dengan orang yang hendak saya jumpa. Saya masih teringat bagaimana kuatnya arwah walaupun sakit berjalan, berlari-lari anak bersama saya untuk habiskan aktiviti jalan lasak. Saya masih teringat bagaimana arwah menegur saya lewat solat sebab lepaskan lelah, katanta jalan 12 km boleh, solat 10 mnt tak boleh. Saya masih teringat kami solat di Pusat Islam, selepas saya solat, dia ambil satu majalah dan bacakan tazkirah pada saya. Nikmatnya tazikirah tu. Peringatan yang sungguh-sungguh peringatan. Hmm. Saya baru nak ajak arwah gi masjid diawal Subuh waktu Jumaat, buat sujud sejadah, pergi halaqah ilmu bersama-sama. Takder rexeki. :) Teringat kata-kata cik mum, pasal persahabatan kerana Allah ni. Tak sempt jumpa di dunia, nanti di akhirat kita jumpa, InsyaAllah.

Semester 4 saya agak sibuk, berubah sepatutnya, akademik saya agak jatuh, diatas kelalaian saya.

Dan sekarang saya disemester 5. Alhamdulillah, apa ye kejadian menarik disemester 5? Takder kot. Adalah...Heheh, kenangan bersama sahabat sahabat, kenangan menangis. Hehe. Hmm, berat badan pun dah naik ni, kena buat lompat bintang ngan push up ni. Hehe.

Oklah, setakat ni dahulu, InsyaAllah, ada masa saya menulis lagi. Takde orang pun baca blog ni, kenangan untuk diri sendiri. Maaf salah dan silap. Doakan saya!









Maghrib





Isyak

No comments: