3/27/2006

UJIAN

Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:
www.zaharudin.com
www.saifulislam.com

Pengajaran hari ini:
Sabar
"Setiap kesusahan pasti ada kemudahan selepasnya" maksud ayat Al-Quran
Subuh
Zohor

Dompet hilang, alhamdulillah lesen dan ic ada di gantung bersama-sama kad matrik. Topi keledar hilang, rupa-rupanya saya tak pakai, dibilik. Nota math jatuh longkang, baru-baru ni realiti topi hilang dan yang terbaru saya kehilangan sweter yang didalamnya ada kad matrik(ada lesen) ada kunci motor. Saya tidak leh masuk U sesuka hati dan yang paling sedih, motor yang diamanahkan pada saya untuk dijaga tidak didapat dijaga dengan baik.

Hmm, setiap masalah tentu ada jawapannya. Allah baru nak uji sedikit berbanding dengan kelalaian yang saya sudah buat. Saya agak tertekan, tidak tahu mana yang perlu diselesaikan dahulu. Motor macam mana nak gerak jika tiada kunci, moga ALlah beri ilham. Mungkin saya ego, tidak mengadu pada yang sepatutnya, Hmm, saya agak tersekat, tersekat dengan keadaan yang tidak sempurna.

Setiap masalah yang timbul tentu ada sebabnya. Bagaimana ye saya nak mula untuk selesaikan semua ini. Hmm. Agak bengong dengan keadaan diri, iman yang tidak stabil. Macam mana nak mula ye? Mula selesaikan bab hati? Bab iman, and then baru yang dunia kot. Hmm, saya rasa begitu. Ya Allah, jadikanlah cintaku padaMu tidak berbelah bahagi. Kenapa ye terasa semakin jauh. Hmm, mungkin disebabkan saya agak jauh dari Allah, maka ALlah tarik saya dengan masalah yang ada ini. Hmm. Ya Allah.

Memang banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni. Presentation yang sepatutnya telah dijalankan pada 2 minggu yang lepas, terbengkalai, saya presenter yang pertama. Rasa bersalah kerana mengharapkan orang lain untuk tempah makmal, masing-masing berharap, langsung tiada yang menempah. Sedangkan saya presenter yang pertama. Pada minggu kedua, khamis lepas juga bergitu. Tidak sempat menempah, hanya makmal yang kosong bersama-sama perlatan. Permbantu makmal tidak ada. Maka saya dengan pandainya pergi sambung wayar projector ke laptop, mungkin cara tarik tidak betul, output tidak keluar. Hmm, bila saya nak pindah data ke thumb drive, tidak boleh pula. Ya Allah, hanya ALlah berkuasa setiap sesuatu. Terbukti kekuasaan Allah, terbukti Allah juga ada perancangan. Saya tidak terkata apa, terkedu. EZ agak marah, mungkin disangka kami berpakat tidak mahu present hari ini, saya mula rasa sedih, malu pun ada, rasa geram pada mereka yang melihat tanpa berbuat apa-apa pun ada. macam mana nak kerja. Selepas menghubungi pembantu makmal, saya rasa akan terjadi lagi episod tidak tempah dan mungkin datang present saja-saja, maka saya buat keputusan untuk tempah makmal, tidak mahu berharap pada sesiapa pun lagi. Bukan orang lain, saya juga yang akan kena nanti. Selepas tu langsung saya ambil keputusan untuk keluar dari Dungun, beruzlah, merehatkan hati yang lara. Mencari diri yang baru. Hmm. Tanpa saya sedari sweter pula tertinggal, sama ada di dalam bas, ataupun semasa saya sedang makan, atau mungkin terjatuh dimana-mana yang saya tidak sedar. Wallahualam

Hari Sabtu, saya agak risau, risau tidak sempat sampai ke Dungun, menangis dulu didalam Satria takut tidak sempat sampai, alhamdulillah sampai, tersangkut pula di PakGuard dah la kad outing tidak letak sebab hilang, kalau tidak saya dah letak dah, hmm, lepas tu kad matrik pulak hilang. bagitahu pakcik kad matrik, kunci motor hilang, langsung dilepaskan. Saya teringat kata berani berkata benar. HMM!

Pergi ke masjid, bersandang beg baju, bergalas beg laptop dengan mata yang bengkak. Alhamdulillah, pukul 2. Lihat barang (barang program yang saya kemas, tidak sempat hantar kerana saya keluar dari dungun)yang saya sepatutnya hantar didalam PI, tidak ada pula, pening pula, saya abaikan dulu, lantas saya fokus pada presentation, bersolat Zuhur, Taubat.. perg lab, cuba pasang laptop pada projector, tidak boleh, beli CD dengan harga 1.2o pada pembantu makmal, burn software, install dalam komputer dan alhamdulillah, akhirnya terpresent dengan bismillah...

Saya tidak perduli, dengan keadaan sekeliling yang memboikot saya atau apa-apa, masakan tidak seusai present tidak bagi sokongan, bila EZ suruh tepuk baru ditepuk, bila saya terjatuhkan speker tidak perlu disuruh tepuk, langusung tepuk2. EZ katakan itulah MELAYU, bila orang present elok tidak mahu sokongan, kalau orang jatuh dikondemkan. Hmm. Saya malas nak kata apa. Biar mereka rasa apa yang saya rasa.

Hari-hari seterusnya berlalu dengan kelam, sehingga hari ini. Hmm.
Asar
Maghrib
Isyak
Saya terjumpa seorang sahabat lama Kak TUn , dan terdengar lagu ini. Terkesan pada diri. Tersyahdu sebentar, terkenang zaman-zaman dahulu. Saya rindu pada sahabat-sahabat semua! Sahabat-sahabat yang senantiasa memberi sokongan taktala saya kejatuhan, sahabat-sahabat yang melihat bagaimana saya jatuh, sahabat-sahabat yang menarik saya taktala saya jatuh. Allah sahaja yang dapat membalasnya!
Bila Waktu Berakhir
Bagaimanakah engkau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saaatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah aman
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati adalah aman
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Hanya tinggal beberapa hari 2 minggu lebih lagi sebelum saya ke final, doakan saya ye!





3 comments:

tentangseseorang said...

sabarlah, ada hikmah yang tersirat tuh

uwise said...

ujian tiada yang sia2 insyaAllah. sabar dan tenang, jgn putus asa. ye?

syifa said...

Alhamdulillah...
ujian tu kan Tarbiah dari Allah..
hmm usaha, sabar dan tawalkal..