4/21/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:
www.sasteraislami.blogspot.com

Pengajaran hari ini:
Usaha + Sabar + Tawakal = Hasil

Subuh



Zohor
Final Math: 2.15-5.15


Asar



Maghrib


Alhamdulillah, apa khabar wahai diri ini, telah sudah satu paper tadi, ada sedikit kesukaran, tapi alhamdulillah boleh buat. Terima Kasih Allah. Sejak 11/12 hb saya sudah berubah di masjid ini. Berumah diwaktu pagi hingga ke pukul 11 malam.

Nak tahu cerita: Pakcik Rumput dan Rumputnya

Didepan masjid baru sahaja dibuat jalan bertar, ada halaman sedikit tanah yang ditinggalkan bersama dengan pokok-pokok serta rumput yang telah ditanam. Mungkin keadaan tanah yang baru atau mungkin (asbab sahaja) rumput yang baru ditanam beberapa hari itu mati kekeringan. Maka saban harilah pakcik rumput itu menyiram rumput itu, tidak kira pagi, tengahari, petang. Asyik-asyik dengan rumputnya. Saya melihat-lihat dan sering tertanya-tanya boleh ke rumput yang longlai kekuningan itu menjadi hijau semula. Biar benar pakcik tu. Sesekali saya mengintai-intai, melihat keadaan rumput itu yang bertentangan dengan tempat saya belajar, sehari demi sehari. Hari-hari saya melihat jika ada perubahan. Ditengah-tengah tanah itu ada warna hijau. Hmm tidak sia-sia pakcik itu menyiram. Dan hari ini, saya lihat tanah didepan masjid ini kehijauan. :)
Banyak yang saya belajar daripada pakcik ni sejak saya berumah disini. Hmm, pakcik tu buat kerja dengan penuh minat, seolah-olah pokok-pokok tu anak-anaknya. Layan anaknya dengan penuh kasih sayang, sentiasa berharap "anaknya"yang sakit itu kembali sihat. Pagi, tengahari, petang, panas, hujan, pakcik tu tetap setia menyiram, biarlah orang kata "Hujan pun nak siram ke" Pakcik tetap terus menyiram, dan hari ini, kalau sahabat-sahabat nak tahu hasil kesabaran pakcik tu, Allah rexeki rumput-rumput itu menghijau kembali.
Saya telah melihat kecintaan pakcik itu kepada kerjanya. Walaupun kerjanya hanya menjaga rumput-rumput dan pokok dihalaman masjid ini. Hmm, sahabat dapat bayangkan tak? Saya pernah melihat juga kakak photostat diblok lapan menyanyi kerja photostanya. Walaupun hanya buat photostat, tapi, kasihnya pada kerjnanya tidak dapat disorok. Betapa sabar, penuh minat kakak itu buat kerja-kerja tu. Sayangnya kakak-kakak tu pada mesin photostat tu, dibelai dilap. :)

Pengajaran:
  • Walau apa kerja yang kita lakukan, kerjalah dengan penuh sabar, minat, bersungguh-sungguh dan tidak putus asa. Walaupun kita kerja tukang sapu(teringat ibarat kerja dalam j) Kalau kita lihat, walaupun gaji pakcik murah, dan hanya jaga pokok-pokok tapi sedar tidak sedar sebenarnya dia menjadi asbab bertambanya oksigen di UiTM ni. :)


3 comments:

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang jana wang automatik di sini.

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)