4/21/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Subuh



Zohor



Asar



Maghrib

entri:18 /4/2004
Mim Aliff Qaff = Mak = Ummu = Ibu

Saya keharuan melihat pengorbanan ibu disekeliling saya. Cukup kadang-kadang buat mata saya bergening air jernih. Berkenalan dengan makcik-makcik yang gigih bekerja. Melihat ibu-ibu meneman anak mereka ke kuliah berulang alik dari KT ke Dungun. Menunggu seharian di Masjid universiti. Melihat setianya sang ibu meneman sang anak yang bermacam-macam ragam. Ibu yang senantiasa risau tentang keselamatan anak-anaknya. Dan baru-baru saya tidak tertahan melihat ibu yang sedang tua, tergigil-gigil menjual. Hmm padahal anaknya sudah besar. Geram hendak menanyakan kenapa bagi mak akak menjual lagi. Mengintai dari jauh, saya melihat sang ibu itu duduk mencangkung apabila pelanggan tidak ada nun dibawah meja. Hmm, sampainya hati kakak tu!
"Takde kerusi" makcik tu seperti menjawab pertanyaan didalam hati saya, kenapa makcik duduk mencangkung! Hmm.

2 orang ibu yang saya jumpa, kedua-duanya meneman anaknya kekuliah. Terharu saya, bagaimana besarnya pengorbanan sang ibu terhadap anaknya itu. Sabar.

Duduk dimasjid seperti rumah kedua saya. Saya tidur disurau sekarang ini. Belajar di masjid sehingga jam 11 malam, kemudian sambung disurau. Masjid seperti rumah kedua saya, saya makan, membaca. Bila duduk dimasjid ni saya kadang-kadang berkawan dengan bermacam-macam orang. Kadang-kadang seronok, mereka seolah pengganti mak saya! Hmm nak balik tidak berkesempatan. Saya selalu teringatkan rumah, makanan dirumah, kadang-kadang terubat dengan pujukan, nasihat makcik2 ni. Mereka layan kita macam anak sendiri. Syukur alhamdulillah. Mereka bagi sokongan.

Didepan masjid ini baru sahaja ditanam rumput dan pokok. Rumput-rumput yang ditanam seperti hendak mati. Saya melihat pakcik tukang kebun dari pagi siram pokok, tghari, petang. Seolah-olah seperti menjaga anak. Sentiasa siram. Sabar. Sehingga hari ini sudah 3-4 hari saya berkampung dimasjid ni. Rumput yang hampir mati, saya sangkakan tidak akan tumbuh segar lagi, tapi betapa sabarnya pakcik tu, kadang-kadang saya mengintai juga, ada ke hasil pakcik ni buat macam gini. Ada ternampak biji2 rumput yang hijau, Maknanya ada hasil kesabaran pakcik tu. Hmm. Pengajaran ni.



Isyak

No comments: