5/03/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Jagalah Solat


Subuh



Zohor
Kenapa Saya Jadi OC
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Bismilahiwalhamdulillah... Apa kahabar sahabat-sahabat semua? Ana harap dalam keadaan sihat bahagia.



Berbalik tajuk diatas: Kenapa saya jadi OC? Saya mula mendaftar di U pada bulan November tahun 2003. Pada bulan Ramadhan. 9.11.2003, usai 4 hari lepas kelahiran Allahyarham Wan Muhammad Danish. Saya hanya bersiap-siap untuk kesana pada pukul 8 malam, bas pukul 10.00 malam kerana saya agak ragu samaada hendak pergi atau tidak. 8 hb adalah hari terakhir saya mengajar di Sek Gombak 1 sebagai guru sandaran. Keraguan saya bertambah bila abah menyokong supaya saya meneruskan karier guru saya. Masa tu skim guru sandaran sedang ditawarkan kepada guru sandaran. Belajar semasa cuti.


Memang saya tidak pasti hendak kesini. Agak ragu-ragu, lebih2 lagi arwah abah seperti tidak mahu saya terpisah jauh dari keluarga. Tapi dengan izin Allah, saya ada disini. Abah masa tu sakit. Hmm. Saya sayangkan keluarga saya, mungkin sebab itu saya mengambil keputusan untuk berjauhan seketika dengan keluarga untuk memberi ruang kepada diri saya untuk membaiki diri yang saya rasakan pada masa itu sungguhlah teruk! Hmm. Saya kadangkala juga berdoa, moga Allah campakkan saya jauh dari keluarga supaya saya dapat membaiki diri yang lemah ini. Moga hijrah yang dilakukan ada effectnya.

Baiklah terus ke tajuk asal. Pada mula-mula sampai di Paka, saya disambut oleh Ayah De ngan Peei, dengan menggunakan kereta jiran sebelah ayah De. Sampai dirumah bersahur, saya merehatkan diri. Jam 9 pagi mendaftar diri ditemani emak dan suami Kak Leha, menantu ayah De. Hmm. Mak menunggu hingga ke tengahari sehingga proses pendaftaran tamat dan menemani saya ke kolej. Mak tinggalkan saya dengan perasaan sedih. Saya pula seperti sehelai sepinggan, bawak beg besar sebuah. Hanya tiga helai baju kurung. Mak pulang, saya berehat-rehat usai tunggu minggu MS berjalan. Kira-kira 4.30 petang kakak-kakak OC menjerik dan mengetuk pintu memanggil kami suruh turun kebawah. Hmm. Saya masih ingat betapa budak bilik saya sendiri terkocoh-kocoh takutkan OC tidak solat asar dibulan Ramadhan turun menyahut seruan OC. Hati saya tidak senang dengan gelagat orang-orang tu. Rancak sangat berborak, solat entah kemana. Saya pasti yang lain juga turut begitu. Takutkan OC. Asar entah kemana. Atas sebab diatas mendorong saya jadi OC. Saya tidak suka OC yang tidak menjaga solat saya. Mujur saya uzur masa tu. Hmm.

Pengalaman jadi OC.

Saya mula menjadi OC sewaktu saya part 2. Akhir bahagian 2. Memegang port folio biro displin. Berbekalkan pengalaman menjadi Komander Kesatria, saya agak yakin(dengan izin ALLAH semuanya) terpilih untuk menjadi OC. Oleh kerana saya adalah komander, maka saya diletakkan diposisi biro displin pada masa itu. Pengalaman sewaktu ini sangatlah berharga, dimana melihat corak pimpinan MPP itu sendiri saya dapat alami. Tugas saya mudah sangat. Iaitu memastikan mahasiswa-mahasiswa mengikut masa yang ditetapkan ddidalam tentatif

Kami kakak-kakak OC dan abang-abang OC ni terpaksa berkorban 2 minggu. Seminggu untuk latihan, dan seminggu untuk MS. bersambung. Saya hendak bersedia untuk solat asar. InsyaAllah sebentar lagi saya sambung mencoret



Asar

sambungan...Bismillahirahmanirraheem.

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi cerita. Kesimpulannya sungguhlah letih menjadi OC ni sebenarnya. Penat menjalani latihan. Tidur selewat 2 lebih, dan kemudiannya pasti saya sudah tidak boleh tidur lagi. Kemudian bersambung ke dua fasa sebenarnya. 1 fasa Pendaftaran Pelajar, dan yang kedua adalah fasa MMS. 2 Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pendaftaran dan yang kedua, jawatankuasa MMS. Ok. Semasa pendaftaran saya jadi ajk sambutan. Menyambut kedatangan ibu-bapa dan penjaga. Kali kedua saya jadi ajk dekat bahagian isi borang. Dapatlah kenal adik-adik dan tahu butir-butir diri mereka. First impression kita pada adik-adik. Saya rasa posisi ini adalah sangat baik.

Tugas sebagai ajk sambutan agak mendebarkan saya kerana saya perlu berkomunikasi dengan ibu-bapa, tersilap bahasa habislah nama baik saya dan UiTM. Saya agak sukar untuk senyum, terpaksa senyum menyambut ibu-bapa dan menyuruh mereka mendengar taklimat ibu-bapa. Masa itu taklimat diberi oleh TY. Berakhir taklimat, maka tugas saya tamat. Usai taklimat saya terus mengikut ketua saya (nama apa tah tak ingat) ke kolej tenggol untuk mulakan tugas biro displin pula. 4.30 ke pukul 5.00 saya get ready untuk kerja pertama saya. Hmm, tak ingatlah sama ada program pertama mereka perlu saya perlu memastikan mereka solat asar atau apa. Saya tidak pasti. Yang saya pasti mereka dikumpulkan dipadang Tenggol dan semua ajk diperkenalkan. Kemudia mereka sambung makan. Hmm. Slack kat sini. Saya tak ingat sama ada saya memastikan adik-adik itu solat atau tidak. Lain kali kena take care benda ini.

Politik MMS

Rutin adik-adik bermula pada petang itu. Ye...saya ingat, saya ada ketuk bilik adik-adik dan suruh mereka solat asar kerana sebentar kemudia ada program. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Lega saya, kalau tidak saya pasti seperti kakak-kakak OC yang lepas. Hmm. Adik-adik habis pada pukul 1100 malam. Dan seawal 4.30 pagi ada yang sudah bangun membasuh, membersih diri dan mungkin ada yang tidak dapat tidur dan tidak tidur pada malam tu kerana teringatkan rumah. Macam saya. Heehe. (Mungkin kat sini kita leh ambil kesempatan untuk rapat dengan adik-adik membantu masalah mereka)

Awal-awal 5.30 pagi, saya telah mengetuai adik-adik membilang masa menyuruh mereka berbaris solat. Ada OC ambil kesempatan untuk membebel kepada adik-adik. Saya sendiri kadang-kadang pening lantas cepat-cepat menstopkan OC dengan mengatakan masa dah lari dan menggerakkan adik-adik ke masjid untuk solat Subuh.

Rutin adik-adik adalah biasa cuma yang tidak biasanya adalah apabila berlaku keadaan hendak solat dibilik atau dimasjid? Disini politik MMS bermula. Salah satu masalah yang saya hadapi pada masa itu adalah untuk memastikan adik-adik yang 'penakut'( baca: takut kena marah ngan OC sebab lambat atau kena denda) tu untuk solat. Jadi untuk memastikan adik-adik itu solat, maka saya perlu pastikan semua telah solat di Pusat Islam.
Memang venue untuk aktiviti solat adalah di Pusat Islam. Tetapi ada yang cuba meringan-ringankan dengan memudahkan dengan erti kata lain" sembahyang kat bilik pun tak apa" (baca: kalau tak sembahyang pun tak mengapa) .

Saya masih ingat, satu insiden yang membuat kumpulan menjadi 3 kumpulan. Satu kumpulan saya, kedua abang wan (ketua saya) yang mengambil cara diplomatik dengan duduk ditengah-tengah, dan kumpulan ketiga terdiri daripada senior-senior PMM dan juniornya yang baru diangkat jawatan. Perbalahannya hanya satu disebabkan malam tu adalah malam kebudayaan. Politiknya: Sewaktu adik-adik baru habis solat maghrib berjemaah tak sempat berdoa pun, mereka digegaskan oleh OC OC yang tak solat berjemaah(baca: OC yang tak reti bahasa) untuk bergegas ke dewan makan R yang terletak 20 minit dari masjid. Masa itu saya masih dalam solat. Hingit dan sumbang sungguh suara OC-OC tu memanggil dengan haler adik-adik supaya cepat ke dewan makan. Alasannya : MAKANAN NAK BASI, kena makan cepat. G*la! Sewaktu saya usai solat, adik-adik yang ramai tu telah pergi dengan tidak dikawal langsung oleh OC ke dewan makan. Saya hanya menggeleng dan bertanya kepada sahabat saya, S kenapa jadi begitu. Dia terangkan mereka disuruh makan cepat sebab takut makanan basi. Saya tanya dia, " Kenapa awak bagi diorang bawa adik-adik tu? Ada orang kawal tak perjalanan adik-adik tu?" Saya bertanya lagi. Dia jawab" Dah makanan nak basi, saya bagilah. Saya bertanya lagi: " Kenapa awak bagi. Sekarang kan masa biro kerohanian, sepatutnya adik-adik solat Isyak dahulu baru makan".

Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terus ke Dewan Makan R. Tengok adik-adik sedang rancak makan, berbaris duduk-duduk dilongkang. Datang "ustaz" (baca: seorang sahabat ketua biro kerohanian) berkata: "Kenapa adik-adik ini dibiarkan makan dulu, saya dah jemput ustaz dah untuk beri tazkirah. Kan masa biro kerohanian ni?" Dia bertanya kepada saya. Saya pun tidak boleh berbuat apa-apa. Ustaz tu berkata lagi: "Saya tidak kisah, saya nak adik-adik ini solat dahulu baru pergi malam kebudayaan" sambil menangis."Kalau tidak berdosalah saya. Saya diamanahkan untuk memastikan adik-adik ini solat" Saya berkata kepada ustaz tu, "ustaz ada kuasa, sekarang masa biro kerohanian" Kami berkira-kira, bagaimana dengan masa tinggal 20 minit ini nak memastikan adik-adik solat sebelum ke Malam Kebudayaan yang semestinya LAGHO tu. Lantas Allah bagi idea, "apa kata mereka solat berjemaah disurau."kata saya. Ustaz:" Tak muat untuk semua sekali" "Jadi begitu, yang lelaki berjalan ke masjid, yang perempuan solat di surau." saya menambah. Dengan menggunakan kuasa heler yang ada pada saya, saya tidak ingat samaada saya atau 'ustaz' tu yang buat pengumuan suruh beratur untuk pelajar lelaki, tetapi yang pelajar perempuan saya gunakan mike yang ada didalam dewan makan untuk menyuruh adik-adik yang boleh solat ke surau untuk solat.

OC-OC senior hanya menjeling! Marah mungkin, takut tidak sempat konon adik-adik tu solat. Takut VIP sampai dulu sebelum adik-adik tu sempat habis solat. Saya gerakkan adik-adik itu sedikit demi sedikit, setegah solat dahulu, setengah bersiap-siap. Keadaan pada masa itu sangatlah genting. sangat genting, bagaimana hendak mengawal adik-adik siswi yang seramai 300 orang lebih tu untuk solat dalam masa 20 minit. Alhamdulillah. Kuasa Allah apabila adik-adik itu sudah solat, saya gerakan adik-adik itu ke dewan makan R. Dan Kuasa Allah pukul 9 adik-adik sudah berada di Dewan Makan R. Ya ALlah, besar cabaran ini ya Allah. Hancur lulur hati saya. Saya solat semula, kerana hati saya tidak hadir sewaktu solat tadi. Dan sahabat saya menangis, menangis mungkin kerana tidak menyangka kejadian seperti ini akan berlaku pada pelajar-pelajar Islam.

Sebenarnya dari awal lagi saya dapat menghidu bau-bau busuk dari rancangan makanan hendak basi yang diideakan oleh mereka. Makanan yang hendak basi atau supaya adik-adik berada di dewan sebelum pukul 9 untuk berseronok di Malam Kebudayaan? Orang bijak sila beri penilaian.

Padan muka mereka bila mana orang besar kata: Makanan hendak basi, kenapa diberi juga adik-adik itu makan?" Ye ada ke patut. Patutnya tak patut diberi langsung adik-adik itu makan sebab makanan itu hendak basi. Dan satu lagi yang tidak patut, adakah patut orang-orang kecil makan dulu sebelum orang besar makan? Bila orang besar sampai, dilihat orang-orang kecik sedang makan dimeja yang sepatutnya mereka makan. Apa kebendanya.
Renungan: Kalau sahabat-sahabat ditempat yang lain, kumpulan mana sahabat-sahabat hendak masuk?








Maghrib





Isyak

1 comment:

lennyalexander1832058466 said...

While you read this, YOU start to BECOME aware of your surroundings, CERTIAN things that you were not aware of such as the temperature of the room, and sounds may make YOU realize you WANT a real college degree.

Call this number now, (413) 208-3069

Get an unexplained feeling of joy, Make it last longer by getting your COLLEGE DEGREE. Just as sure as the sun is coming up tomorrow, these College Degree's come complete with transcripts, and are VERIFIABLE.

You know THAT Corporate America takes advantage of loopholes in the system. ITS now YOUR turn to take advantage of this specific opportunity, Take a second, Get a BETTER FEELING of joy and a better future BY CALLING this number 24 hours a day.
(413) 208-3069