5/08/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:


Pengajaran hari ini:
Harga sebuah ketaatan lebih dari RM 125

Subuh

Alhamdulillah, untuk seketika weblog ini dihangkan oleh pihak u kerana dikatakan ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah dapat menulis kembali, mencoret apa yang patut dicoret buat pengajaran diri juga semua. Ini adalah dakwah fardiyyah saya kepada sahabat-sahabat semua. Kelesuan, ketandusan idea untuk menulis sebenarnya telah bertamu didalam diri saya suatu masa dahulu. Namun apabila seorang sahabat dari mesir begitu semangat belajar dan mengubahsuai blog, saya mula bertanya-tanya kepada sahabat itu, kenapa dia bersemangat begitu sekali. Sahabat tu berkata. Ini adalah dakwah fardiyyah yang saya dapat lakukan kepada semua orang. Apabila sahabat itu bertanya kepada saya, apa dakwah fardiyyah yang saya lakukan hari ini? Saya betul-betul terkedu. Menulis pun kadang-kadang tidak. Jadi apa dakwah fardiyyah saya yang telah saya lakukakan hari ini. Selepas ditanya begitu, saya begitu bersemangat untuk menulis semula. Moga-moga saya istiqamah, bizinillah.

Saya menulis dalam sekitar 2003 hingga sekarang. Pada mulanya tulisan saya hanya cincai bocai, tidak mengikut struktur ayat yang sepatutnya. Saudara amiza khusyri meminta saya menulis dengan lebih elok sikit dengan alasan yang sama kerana apa yang kita tulis ini adalah dakwah sebenarnya. Dia memberi contoh tulisan jurnalis yang dikagumi iaitu kak rasanubari. Saya pernah terbaca suatu artikel atau buku yang membicarakan tentang menulis ini. Hasil tulisan yang kita tulis ini adalah sebenarnya menggambarkan diri kita sebenarnya. Begitulah.

Harapan saya kepada sahabat-sahabat yang pernah menulis, teruslah istiqamah dengan menulis. Mana tahu tulisan kita menjadi asbab kepada sahabat-sahabat kita diluar itu untuk berubah. Wallahualam.


Setiap masalah adalah peluang
Setiap masalah adalah peluang. Ungkapan ini diungkapkan oleh pakdi didalam bicarajutawan.com didalam forum yang dikatakan dipetik dari kata-kata Rich Dad. Saya mula mencatur-catur apa yang tercirat didalam kata-kata diatas. Menerusi forum di bicarajutawan.com, memberi saya sedikit gambaran apa yang dimaksudkan dengan ayat diatas. Sahabat-sahabat semua, marilah kita renungi didalam hidup ini. Apabila seorang sahabat berkata dia mempunyai masalah dalam msgnya. Saya mula mengatur ayat berkata kepada sahabat itu, sebenarnya masalah yang dihadapi itu memberi peluang kepadanya untuk lebih rapat kepada Allah. Betul tak sahabat-sahabat? Kadang-kadang kita tak terbuat apa yang kita kata itu, tapi kata-kata kita itu (nasihat yang kita berikan pada orang adalah tazkirah pada diri kita sebenarnya).


Teknik Recursion dalam hidup

Teknik recusion dalam java data structure telah dibicarakan oleh pensyarah saya, Pn. Hamidah kata Recusion ini satu teknik untuk menyelesaikan masalah yang rumit. Funtion akan memanggil diri dia sendiri hingga masalah besar dapat diselesaikan. Dalam kehidupan seharian kita, Pn. Hamidah memberi contoh: Apa masalah besar kita? Tak paham JAVA? Macam mana kita nak selesaikan masalah besar kita itu? Jumpa lecturer. Maka masalah tak paham, masalah periksa tak lulus, akan dapat diselesaikan? Renungan untuk saya dan sahabat-sahabat semua.


Harga sebuah ketaatan lebih dari RM 125

Semalam saya menolak pelawaaan seorang sahabat(ketua saya) untuk makan. Alasan saya dalam hati(saya tak ada duit). Padahal sebenarnya saya tidak bersetuju untuk aktivit makan makan pada masa itu sebab ada kerja yang lebih aula yang saya fikir perlu dilakukan dengan segera. Padan muka saya apabila duit yang diamahkan kepada saya berjumlah RM 100 lebih tercicir ditengah jalan sewaktu saya membeli makan untuk sahur! Bila saya sedari duit tercicir saya mula teringat. Inilah dosa yang saya lakukan kepada ketua saya. Padan muka saya!


Zohor



Asar



Maghrib





Isyak

No comments: