6/19/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini:

Info Al-Quran Online
Bila Serban DiLilit
Dakwah Info


Pengajaran hari ini:

  1. Nikmat yang ada disyukuri, dosa yang tidak ada jangan di hampiri.
  2. Yang sedap itu sebenarnya tidak sedap.
  3. Allah tidak perlukan kita didalam perjuangan, tetapi kita yang perlukan perjuangan.
  4. Tubuh badan kita hak milik Allah. Jika Allah nak tarik bila-bila masa sahaja.

Subuh



Zohor

Saya hantar adik kesekolah dan ambil adik nombor dua dari kelas jahitan. Saya buka internet, baca sedikit. Masukkan seorang sahabat kedalam e-group. Kemudian saya keluar menonton tv lantas tertidur hingga akhir asar (saya uzur)


Asar



Maghrib
Baca mathurat. Hati tidak tenang, seolah-olah ada benda yang tidak kena. Alhamdulillah, jiwa semakin tenang bilamana alunan al-Quran bertandang didalam jiwa.






Isyak

Alhamdulillah, jadilah hamba yang bersyukur wahai diri. Jangan kita berehat kerana perjuangan itu tidak pernah rehat. Jika berehat jasad, otak jangan direhatkan. Jika cuti membacalah. Saya keserabutan jika saya sendiri berehat, sedangkan banyak sangat kerja diluar sana. Saya kesedihan, apabila diri ini tidak mampu melawan kehendak yang bukan-bukan. Saya kesedihan, melihat adik-adik saya dengar lagu, berkepit dengan headphone, pasang radio dengar yang bukan.

Semua ini adalah dosa saya sendiri. Yang jahat, yang busuk itulah dari saya. Tiba-tiba didalam perjalanan dalam kereta tadi, saya dilanda rindu. Sungguh saya rindu untuk mengadu pada Allah dimalam hari. Sudah lama saya tidak berbuat demikian. Tahajud adalah suatu mangkin untuk memperkasakan diri, menguatkan tali cinta kita pada Ilahi. Saya masih ingat, manisnya perjuangan jika kita melakukan pengorbanan, sucinya jiwa jika kita ikhlas melakukan sesuatu.

Hidup

Saya keliru dengan hidup ini. Adakan bila kita bangun pagi, terus buat benda yang sama? Setiap hari. Adakah saya ini sudah jadi manusia? Saya sendiri keliru, sama ada saya ini manusia atau pun tidak. Adakah sahabat-sahabat semua manusia? Sudah jadi manusiakah kita? Bayangkan sahabat-sahabat semua, jika mana bila kita tidur nanti, bila kita terjaga, kita tidak seperti semalam, saya takut. Gunalah sebaik-baik nikmat yang Allah bagi. Kalau Allah tarik balik bagaimana pula?

Perjuangan

27.6.2006 InsyaAllah saya sudah berada di Dungun untuk mengikuti kursus PMMS. Sesekali saya terfikir, kenapa saya perlu bersusah-susah, sedangkan orang lain bersenang lenang dirumah? Moga ALlah beri sesuatu untuk pengorbanan ini. Walaupun saya ini tidaklah baik sangat. Saya mohon pada Allah. Moga Allah redha dengan usaha kecil saya ini. Moga Allah ampunkan dosa saya. Hmm. Teringat, jika Allah tarik nikmat kesihatan dari diri saya, barulah saya terhengeh-hengeh mahu buat kebaikan. Sahabat-sahabat semua termasuklah diri saya sendiri, sebelum tidak ada, marilah kita hargai, marilah kita syukuri. Caranya ialah dengan membuat sesuatu yang Allah redha. Saya ingatkan diri saya sendiri. Menangislah kita sebelum kita kena menangis. Ya ALlah. Hmm. Rasanya aku tidak mampu dengan ujianMu yang berat. Ampunkanlah aku. Sungguh aku tahu Engkau akan menguji hambaMu. Moga kau ampunkan dosa aku. Aku tidak mampu ya Allah. Diri kita sendiri adalah ujian untuk kita. Hmm. Kalau saya mati dalam masa yang terdekat ini, saya tidak tahu bekal apa yang saya bawa diakhirat nanti. Maka, matikanlah saya dalam Islam ya ALlah. Dalam Engkau senang dan redha ya ALlah. Mohon sangat-sangat ya ALlah. Sungguh kadang-kadang aku tidak termampu dengan ujianMu ya Allah. Tapi jadikanlah kesudahan diriku kesudahan yang baik. Ameen







No comments: