6/27/2006

Hikmah Solat Berjemaah

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan Dungun

Laman Web Menarik Hari Ini:
Anjang

Pengajaran hari ini:
Sabar, sabar dan terus sabar.
Tak nak menyusahkan itu adalah menyusahkan

Subuh (5.42)
Hikmah Solat Berjemaah
Alhamdulillah, sampai 25 hb lebih kurang jam 5.30, turun didepan sebuah pasaraya. Tumpang dirumah seorang sahabat. Alhamdulillah, hari ini ke masjid, dapat tazkirah yang sedap. Pertamanya tentang saling peringati dan yang kedua pentazkirah menceritakan tentang sebuah artikel tentang jeneral di amerika mengagumi orang Islam yang bersolat jemaah. Kata pentazkirah dia kagum melihat orang Islam di Mekah, apabila imam angkat takbir semua ahli jemaah solat yang lain juga akan angkat takbir.Kata General "Sungguh berdisplin orang Islam ketika itu" Kemudian saya terbayang benda alah kawad semasa saya menjadi sebahagian daripada anggota kesatria. Kita diajar patuh pada arahan ketua, salah langkah susahlah kita, begitu displin sehingga displinnya semasa dipadang kawad, baju kena kemas tajam bergosok, kasut kena berkilat dan diikat rapi. Natijahnya, orang-orang komander semuanya kemas dan berdisplin serta dengar arahan ketua. Bagaimana hendak dikaitkan dengan solat Jemaah.
Sahabat-sahabat semua, jika kita jaga solat jemaah, InsyaAllah kita displin yang ada pada solat jemaah itu akan diterapkan didalam kehidupan kita. Saya mendapat contoh yang sangat baik melalui seorang sahabat, yang sikapnya tidak "last minute". Saya dapati sikapnya itu lahir daripada cara dia menjaga waktu solat itu sendiri. Sebagai contoh dia akan bersedia 5 atau 10 minit sebelum waktu solat, duduk menuggu waktu. Suatu hari, masa itu belum masuk waktu lagi, tetapi saya sudah air sembahyang lah ketika itu. Dia ajak saya untuk bersembahyang, saya katakan belum masuk waktu lagi, dia kata pula, "habis tu tak nak bersedia dahulu ke" Patutlah sahabat tu bila waktu belajarnya tidak" last minutes" seperti saya rupa-rupanya natijah daripada dia menjaga solat dia. Baiklah sahabat-sahabat semua, secara kesimpulannya, jaga waktu solat dan solatlah secara berjemaah dengan memahami mengapa ALLAH bagi 27 kali ganda pahala untuk solat jemaah bebanding satu untuk solat bersendirian. Sekian dahulu daripada saya. Doakan saya ye. Maaf salah dan silap. Wassalam



Zohor (1.1o)



Asar (4.37)



Maghrib (7.22)





Isyak(8.33)

No comments: