6/08/2006

Iqra

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
  1. Koleksi Resepi
  2. Linux Malaysia
  3. Komunikasi Intepersonal
  4. Rujukan Feqah


Pengajaran hari ini:
  1. Hidup ini sungguh singkat, muhasabah diri, apakah ibadah yang dilakukan hari ini.
  2. Hendak buat sesuatu memang payah, lawanlah kesukaran itu, agar mudh kita melalui jalan kebaikan
Isyak: 12.03, 12 Jamadil Awal 1427H bersamaan 8 Jun 2006

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Bagaimana khabar ye? Hmm, saya tidak pasti siapa yang membaca, tapi saya akan terus menulis. Tapi setakat ini, hidup saya hanya saya habiskan dalam bilik surau dibawah rumah. Baru usai membaca buku Menjejaki Jutawan Senyap, Petunjuk Jalan Kekayaan. Sekarang ni sedang baca Muqadimah Ibnu Khaldun, sedang menghabiskan bacaan Pemikiran Sistemik, Teknik Multiboot.

Boleh ke saya habiskan ye? Semangat saya timbul, kadang-kadang saya rasa tercabar bila teringat kata-kata cill yang ketika sedang sarat menderita sakit, tapi mampu membaca 18 buah buku dalam masa 2 minggu. Siapa yang tidak terpukul. Saya yang masih sihat ini, jika tidak dapat buat sedikit tentulah tidak berguna bukan? Orang yang sakit boleh membaca, kita yang sihat ini patutlah lebih lagi.

Sudah lama saya tidak kemaskini. Sebenarnya saya menghadapi masalah ketika mengubahsuai blog. Hmm. Pengajaran yang saya dapat, sentiasa simpan script yang telah kita ubah suai.

Saya ini, kadang-kadang terlupa hari, kadang-kadang masa pergi cepat daripada kita. 2 Jumaat yang lepas, usai saya kekedai buku mencari buku Muqadimah Ibnu Khaldun di Pustaka Indonesia, saya bertemu dengan seorang pakcik pakai Tanda Nama besar yang bertajuk = SAYA PAKAR OTAK KANAN. Mula-mula saya fikir pakcik ini tidak siuman, tapi apabila saya duduk lama mendengar(sehingga buat-buat lupa saya perlu balik cepat kerana ada yang menunggu) saya dapati idea pakcik yang menyorong papan tulis bergerak bersama markernya menarik. Dia, Biiznillah, mengajar idea baru teknik sifir. Teknik yang saya rasa agak bagus, jika diajar pada orang-orang Melayu tentu orang-orang Melayu akan dapat faedahnya. Sewaktu mendengar ceramah pakcik itu,menggunakan heler macam orang jual di pasar tu, saya terdengar rungutan orang lain, " Orang Melayu tidak ambil peluang pun, padahal dia nak ajar orang Melayu". Memanglah agak malu, stail orang putih dia ajar, dikhalayak orang ramai, dengan pakaianya, dengan sikap zuhudnya, saya tegak juga berdiri didepan pakcik Halim menguatkan hujah pada diri, kenapa saya perlu malu, dunia sekarang dah terbalik, yang patut malu tidak malu, yang patut tidak malu dirasakan malu. Sahabat-sahabat boleh merujuk Mastika Disember 2003. Sampai sekarang, jika Allah izinkan lagi, moga saya dapat bertemu dengan pakcik Halim itu lagi.InsyaALlah. Saya rasa siapa yang mengajar matematik, patut cari pakcik tu, untuk belajar teknik dia.

Berlalu Jumaat saya bertemu dengan pakcik itu, pengalaman yang saya hendak saya kongsikan pada sahabat-sahabat semua adalah pada hari konvokesyen sahabat saya di UiTM Shah Alam. Sebelum tu, saya hendak kongsikan sedikit pengalaman mengambil jubah sahabat saya ni. Sahabat saya baru kembali dari Umrah, seminggu di Kuala Lumpur, kemudian pulang kerumah hari sabtu. Hari Ahad 19/5, dia kena ambil Jubah konvo. Tarikh yang telah ditetapkan seperti yang ditulis didalam surat dan juga laman web convo. Oleh kerana dia perlu balik kerumah, maka saya wakilkan diri untuk membantu. Mula-mula saya agak kusut memikirkan hari untuk mengambil jubah sudah berlalu, tentu susah prosesnya pula. Hari Ahad, saya tidak pergi, bank tutup. Ok main point saya, saya rasa saya patut pergi saja hari Ahad itu, bawa duit secukupnya, tentu ada kauter bank yang buka bukan? So nasihat saya, pergi aja lah lain kali. Jika kita ada masalah untuk matlamat, cubalah jalan lain. Walau apa pun saya bersyukur, ada hikmahnya dari kejadian ini, saya tidak berebut2 dengan ramai orang, dan saya berurusan dengan mudah, alhamdulillah. Seterusnya hari convo, pengalaman istimewa juga sebenarnya, sewaktu berjalan-jalan, sengaja saya bertanya kepada pakcik itu, boleh ke orang yang berkerusi roda masuk terus, kalau orang biasa kena naik bas. Pakcik tu kata boleh, yang penting kena buka mulutlah bertanya, saya diwaktu itu mendapat semangat untuk bertanya. Hari itu saya dapat kesimpulan; Kena bertanya, kalau tidak sesat tak tahu jalan

Khamis minggu seterusnya bertarikh 1, saya ke Merang Terengganu. Rabunya baru saya melangkah mencari tiket. Saya ke kaunter tiket, semua sudah habis untuk perjalanan pagi ke Terengganu, saya bertanya tentang bas dari KL-Kuantan dari Kuantan-KT. Alhamdulillah, sungguh saya sempat-sempat aja sampai di stesen bas Kuantan pada pukul 2.20 petang untuk naik bas 2.30 perjalanan saya seterusnya ke Terengganu. Syukur. Berhenti minum 15 minit, saya ambil kesempatan untuk solat Jama' Tahir dan sampai distesen Tanjung pada jam 7.30 malam ketika Maghrib menjelang. Langsung saya ambil kesempatan untuk solat jama' taqdim, kumpulkan solat Maghrib saya bersama solat Isyak. Selepas saya sudah mengerjakan solat, saya ke MPKT, dengan bantuan arah dari seorang kakak. Syukur, mungkin ini hikmahnya saya tidak dapat turun di Tanjong, dan berkat saya solat dahulu meyelesaikan masalah saya, ALlah bukakan jalan, sangat mudah. Pengajaran yang saya dapat, apapun yang kita buat, apabila sudah masuk waktu, kerjakan solat dahulu, kemudian yang lain akan jadi teratur dengan bantuan ALlah.

Selepas tiba di MPKT( ucapan syukran kepada kak kerana mengggu sehingga habis 3 waktu solat dan sahabat zubir menuggu sejak asar lagi) , saya bersama dua sahabat lain menaiki kereta sahabat ini untuk ke Merang. Perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam lebih.

Pengalaman yang sangat menarik ditempat kursus.
bersambung...












No comments: