6/24/2006

Menghitung detik, mengira masa.

Mungkin sudah tibanya saya bangkit daripada masa berehat saya. Kiranya sekarang saya perlu melakukan pengorbanan. Sayu pula hati ni hendak ke Dungun, mengenangkan beban yang bakal dipikul. Baru sikit ni. Itupun mahu bersedih. Sikit sangat pengorbanan berbanding nikmat yang Allah berikan. Itupun susah nak buat. Sapa suruh manjakan diri sangat.

Rasa sebentar baru bercuti. Tak dapat sangat nak buat benda yang hendak dibuat. Nak jumpa Pn Ainon, nak pergi program Al-Huffaz, nak jumpa Pakcik Halim. Nak buat projek krepek pisang. 18/5/2006 - 24/6/2006 = 37 hari. Saya hanya sempat membaca 3 buah buku habis (tulisan Chef Li) , lagi saya buat apa ye. Sempat habiskan satu kertas kerja. Banyak kerja tergendala sebenarnya, nak habiskan buku pemikiran sistemik, dan sebenarnya saya nak siapkan persiapan sebelum ke Kuliah. Tapi tak sempat la. Hmm. Maaf salah dan silap. Wassalam



No comments: