7/22/2006

Belajar Buat Blog

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Pengajaran hari ini:
Jangan degil, ikutlah cakap mak!



Subuh



Zohor

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua, ana harap dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini ana nak ajar bagaimana hendak buat blog. Blog yang sedang sahabat-sahabat lihat. Ana dedicate benda ni untuk sahabat ana yang kahwin hari ini, Cik mum. Cik mum, ana dah balik dah dari Dungun, tapi tak sempat la nak pergi ke rumah enti. Ana hajat nak pergi lepas Zohor, tapi hujan lebat pula cik Cik mum. Ana minta maaf banyak-banyak! Ana teringin pergi.


Fasa Pertama: (Untuk yang tiada usernama dan password untuk account blogger lagi



  1. Pergi ke www.blogger.com/stusernameart
  2. Create account. (Tekan butang oren seperti dalam gambar 1
  3. Sila isikan apa yang disuruh
  4. Selesai, sila ingat dan password yang telah dibuat.

Fasa Kedua: Untuk tulis dan maintain blog. Fasa ini bagi sahabat yg sudah ada usernama dan password


Ruangan Posting
  1. Pergi ke www.blogger.com/start
  2. Sign in username dan password yang telah dibuat dalam fasa pertama tadi.
  3. Pilih posting.
  4. Tulis apa yang hendak ditulis
  5. Buat word Verification
  6. Tekan butang publish post
  7. Maka anda telah buat blog dan tulis blog

Fasa ketiga: Melihat hasil

  1. Pergi ke www.(username yang telah dibuat).blogspot.com
  2. contoh www.mumtazah.blogspot.com, username saya adalah mumtazah
Maka setiap kali sahabat-sahabat hendak tulis blog, sahabat terus sahaja sign in dan tulis diblog.


Kenali butang-butang yang ada di Posting
  1. b - Gelapkan tulisan
  2. i - untuk italickan tulisan
  3. Yang ada gambar tu untuk upload gambar

Cara masukkan gambar dalam blog



Upload image di photoblogger

  1. Tekan butang yang ada gambar di Posting.
  2. Upload image dengan browse sumber image tu, sama ada daripada dalam komputer , maksudnya dah ada, atau daripada internet. Jika gambar tu daripada mana-mana laman web diinternet,caranya adalah pergi ke image yang anda hendak tu, lepas tu klik kanan. Tengok properties copy link tu, masukkan dalam kotak add image from web di tempat upload image tadi dan tekan butang biru upload image





Asar



Maghrib





Isyak

No comments: