7/30/2006

Terima dan Beri

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Bacalah dengan nama TuhanMu. Berusahalah bersungguh-sungguh dan mulakanlah.

Subuh



Zohor

Alhamdulillah, pagi tadi disudahi dengan gembira kerana saya berusaha sedikit malam tadi. Alhamdulillah, hidup yang lebih teratur InsyaAllah. Saya sedang melayari, sedang membaca. Pagi tadi termotivasi dengan ceramah Ustaz Harun Din tentang cahaya iman. Ada satu kisah, seorang pemuda, peristiwa ini berlaku selepas Hijrah, semasa Rasulullah bagi salam ke pemuda tu, pemuda tu tidak jawab. Rasullullah bertanya kepada sahabat baginda, adakah pemuda ini Islam. Jawab sahabat baginda, pemuda itu Islam. Dipendekkan cerita, pemuda itu minta Rasullullah mendoakan dia, dan sejak itu dia berubah. Di siang harinya dia berpuasa dengan seronok, dimalam harinya di beribadah dengan seronok. Maka kesimpulanya, kita hendaklah buat ibadah dengan seronok.

Sahabat-sahabat boleh lah download ceramah di www.mykuliah.com.



Asar



Maghrib





Isyak

No comments: