8/04/2006

Bangunalah daripada Mimpi

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum.

Laman web menarik
  1. Ubuntu Malaysia

Apa khabar? Harap sahabat-sahabat semua sihata walafiat. Baru selesai masukkan data kedalam www.myislamntwork.net. Jika sahabat-sahabat belum lagi tandatangan, buatlah demkian.

Tak ada perkhabaran hendak dikongsi, sungguh. Tak ada apa-apa saya pun tidak tahu kenapa tiba saya jadi macam tidak tahu apa-apa. Blurr. Padahal saya nak praktikal dah. Persiapan untuk jadi orang? Tah macam mana tah. Saya cuba tambahkan pengetahuan pembacaan. Saya rasa macam ketinggalan, dan saya tak tahu macam mana nak kejar balik.

Jiwa Prograammer.

Jiwa programmer saya sudah hilang. Mcam mana nak cari balik? Entah. Belajar ini adalah suatu yang subjektif. Adakah kita belajar semata-mata hendak lulus cemerlang dalam peperiksaan. hafal sahaja pensyarah punya nota. Bukan macam tu sahabat-sahabat semua. Memanglah tak diakui itu sebab minor. Tapi sebab utama kita belajar sebab nak ilmu.

Selama ini, saya terlupa yang saya belajar kerana ilmu. Melintasi hari-hari yang lalu, semester pertama, jiwa programmer saya diasah oleh Puan Hamidah. Pensyarah ni ajak saya berfikir. Disemester kedua pun macam tu. Cuma naik semester ketiga entah kenapa jiwa prograamer saya hilang. Mungkin saya kekurangan masa dan sumber untuk buat latihan. Bak kata cik papit, asah skill tu. Skill tu kena usaha sendiri, kena rajin membaca. Hmm. Kena rajin explore. Kena cepat.

Itulah pengajaran yang saya dapat 2 hari yang lepas. Encik Saiful betul-betul telah mengejutkan saya daripada tidur. Saya betul-betul terjaga daripada tidur. Sebenarnya saya datang kekuliah sebab hendakkan ilmu, bukan sebab nak lulus periksa. Itu yang penting. Adab dengan guru kita, dan yang penting kena jujur dan berani mengaku salah. Saya betul-betul tertunduk dengan kata-kata encik Saiful 2 hari lepas. Hmm. Betul la. Kadang-kadang kita terlupa dan selama ni saya memang TIDUR dan TAK SEDAR DIRI.

Doakan saya sahabat-sahabat semua, agar saya jumpa semula jiwa saya. Saya nak jadi pakar komputer Islam. Tahu pasal komputer. Nak jadi macam tu saya kena cepat, sentiasa up-to-date . Kat mana saya nak mulakan ye?

No comments: