9/14/2006

Ciri - ciri seorang Pejuang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Makmal 4

Laman Web Menarik Hari Ini:
Pengajaran hari ini:
Jangan putus asa.

Subuh



Zohor



Asar

Ciri-ciri seorang Pejuang
  1. Jadikan wirid Al-Quran Al-karim - 1 juzuk satu hari. Sungguh-sungguh khatam Al-Quran dan masa tidak kurang daripada 3 hari dan tidak lebih sebulan
  2. Perelokkan bacaan Al-Quran, tadabur, baca sirah nabawiyyah
  3. Jaga kesihatan tubuh badan
  4. Jangan makan minum berlebihan kopi melainkan terpaksa minum
  5. Jaga kebersihan - ceria dan indah, bersih satu benda yang seni. Bersih akidah, ibadah, akhlak.
  6. Cakap mesti benar pada perkataannya
  7. Menunaikan janji
  8. Jadi orang yang berani
  9. Jaga air muka, maruah. -Jangan buat benda yang boleh menjatuhkan maruah.
  10. Malu, sensitif kepada yang buruk dan yang baik.
  11. Jadi seorang yang adil.
  12. Cergas, aktif, bagi khidamat kepada orang ramai
  13. Hati lembut dan mulia, bagi kemaafan.
  14. Mempereolokkan bacaan dan penulisan, kajian, bahan tulis.
  15. Bekerja untuk tingkat taraf ekonomi walaupun dah kaya.
  16. Bersungguh-sungguh tidak jadi pegawai kerajaan
  17. Kalau buat kerja, mesti kerja yang terbaik dan bagi tumpuan yang sebaiknya.
  18. Cuba tunai hak semampu yang mungkin, walaupun tidak dipohon
  19. Jauh daripada perjudian dan riba
  20. Bagi khidmat kepada ekonomi/ dana gerakan Islam
  21. Bagi sebahagaian gaji kita untuk tujuan dakwah
  22. Menghidupkan budaya Islam dan matikan adab jahiliyyah
  23. Mesti melibatkan diri dengan Jemaah yang berkaitan dengan Islam dan jaga sekali-kali terlibat dengan yang bukan Islam
  24. Sentiasa muraqabah
  25. Sentiasa ingat kepada akhirat dan sentiasa bersedia
  26. Jaga taharah, berwuduk sepanjang masa. Perelok solat, solat awal waktu. Usaha ikhtiar untuk solat secara Jemaah.
  27. Elokkan puasa di bulan Ramadhan dan haji
  28. Pasang niat dalam hati jihad dan sayang suka untuk mati syahid. - Ada persiapan
  29. Memperkemaskan tarbiyyah * tak pasti saya tulis apa, tak jelas dalam kertas.
  30. Lawan nafsu bersungguh-sungguh. - bab halal dan haram
  31. Jauh dari kumpulan-kumpulan yang bawa maksiat.
  32. Memerangi tempat-tempat lagho dan benda-benda bermewah.
  33. Kenal ahli dengan seorang demi seorang dengan sebetul-betulnya.
  34. Kosongkan diri dengan jemaah yang tidak ada hubungan langsung dengan fikrah serupa dengan kita.
  35. Kena usaha sebarkan dakwah merata tempat.


Maghrib





Isyak