9/12/2006

Mati

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:


Pengajaran hari ini:
Sentiasa ingat bahawasanya kita akan mati.

Subuh



Zohor



Asar



Maghrib





Isyak
Setahun atau dua tahun yang lepas, saya berkesemapatan bertemu pakcik tu tanpa janji. Bekebetulan mengikut emak ke hospital melawat emak kawan emak dihospital Kuala Lumpur. Terjumpa sahabat lama, bertegur sapa, rupa-rupanya, nenda sahabat itu sakit diabates. Sahabat saya itu, menjadi peneman nendanya disitu. Tidak lama kemudian datang ayahnya, seorang polis yang gagah saya lihat pada masa itu. Sungguh sihat dan ceria. Tapi baru-baru ini, saya dikhabarkan bapa sahabat saya yang gagah dulu diuji dengan penyakit leukimia. Hmm. Alangkah singkatnya dunia ini kan sahabat-sahabat semua. Pengajaranya, kita mestilah bersiap sedia menghadapi mati. Moga ALLAH tabahkan keluarga yang diuji itu. Ameen.
Entah bila pula masa saya, masa sahabat-sahabat semua. Hmm. Sudah bersedia ke saya. Kalau dikira-kira hitung dosa dan pahala, manakah yang lebih berat?
Hmm. Saya betul-betul terkedu diatas sejadah tadi. Mengenang apakah perniagaan saya didunia ini ada untungnya. Atau saya ini orang yang paling bankrupt diakhirat nanti? Hmm. Kalau kita berniaga didunia ini, kita mesti ada "Strategy + oppurtunity + plan + work + effort = success!" [1] Bayangkan kalau lepas kita solat Subuh, jatuh RM 100 atas tempat sujud. Lepas solat Zuhur, dapat Ferrari sebiji. Lepas solat Asar, banglo. Lepas Maghrib berjemaah di masjid, bonus tanah 2 ekar+lombong minyak. Lepas Solat Isya', emas seketul. [2]
Oklah sahabat-sahabat semua, saja mahu berkhabar dari bumi Dungun ini. Semalam sahaja mahu melepas peluh, berbasikal pergi dan balik ke Dungun dengan seorang sahabat. Terkenang arwah sahabat yang telah pergi dulu. Hmm. Pengajaran yang saya dapat semalam, orang yang berjaya tidak akan lakukan benda yang senang sahaja. Mereka perlu lakukan benda yang surah dan pelik tak ada orang nak buat. Benda yang baik-baik aja lah.
Jumpa lagi sahabat-sahabat semua. Maaf salah dan silap. Wassalam.
[2] Sila rujuk http://blog.pakdi.com/

No comments: