11/13/2006

Hidup tanpa Handphone

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum..

Destinasi:
Perpustakaan

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Berusaha bertawakal lah kepada ALLAH yang ESA.

Subuh
Kesejukan dek kebasahan hujan. Itu yang saya alami sekarang. Tangan-tangan mulai beku. Tapi kebasahan dan kesejukan ini ada satu nikmat daripada ALLAH.
Susah hampir dua minggu lebih rasanya saya hidup tanpa handphone. Pelbagai trajedi berlaku. Hmm. Mungkin ada hikmahnya.
Tadi saya kebilik pensyarah, untuk ambil test 3 yang belum saya ambil pada hari Rabu yang lepas kerana saya tidak bersedia lagi ketika itu. Sudah dua hari, naik turun ke bilik pensyarah nun diatas tingkat tiga semata-mata untuk berjumpa dengan pensyarah tu. Tapi tak jumpa-jumpa. Longlai saya. Mula melangkah ke perpustakaan untuk study. Tiba-tiba terjumpa dengan rakan kelas, lalu saya bertanya kepada dia tentang nombor telefon penyarah tu. Puas saya cuba menelefon menggunakan public, tapi public yang saya jumpa semuanya tidak berfungsi. Ujian. Nak menangis rasanya...
Saya mencari diseluruh bangunan kelas, namun tidak terjumpa. Saya naik semula ke bilik pensyarah tu. Tapi tak buka-buka lagi. Tiba-tiba Allah tolong bagi ilham. Saya dah geledah semua bilik kelas kecuali di blok satu. Teruskan usaha dan alhamdulillah terjumpa encik. Encik tu pun tanya macam mana boleh jumpa. Saya pun terangkan. Alhamdulillah. Syukur. Terlepas satu beban. Encik tu kata telefon saya rosak ke? Saya mengiakan. Kerana dia juga telah berusaha untuk mencari saya melalui rakan saya. Kata kawan saya. Telefon saya tidak dapat dihubungi. Hmm. Betullah. Saya akui yang telefon saya rosak.
Harga sebuah kejayaan itu adalah kepayahan. Betul tak sahabat-sahabat semua?
Doakan saya. Betul-betul takut jika ada 'paper' lagi semester hadapan. Moga ALLAH bantu saya. Ameen.



Zohor



Asar



Maghrib





Isyak

No comments: