12/11/2006

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini:
Hadith In Blog - Menarik dan Kemas
Serban Putih - Blog akhi ABIM
The Rise Of Islam - Blog
Alveolus - Blog


Pengajaran hari ini:
Jika tidak hendak disakiti, jangan menyakiti.
Pengorbanan yang sikit. Maka akan lahir bekalan (power) kepada diri

Subuh


Alhamdulillah. Hari ini hari ke lima kepulangan ke rumah. Muhasabah kejap

Hari Pertama (Khamis)
Hari ini saya bermusafir. Tertinggal bas. Hari ini saya berazam untuk berhijrah. Terhijrah ke diri ini?

Hari Kedua (Jumaat)
Saya tak pasti apa yang saya buat hari ini. Lagho kot.

Hari Ketiga (Sabtu)
Kekeduri kahwin sepupu di sebelah rumah. Terasa sedikitnya bilangan ahli keluarga yang menghantar. Tak ada orang. Baru terasa ikatan ukhwah antara keluarga. Bila tidak bersatu, maka tinggal sediikit lah ahli keluarga. Berkira-kira dengan adik sendiri. Jika berkahwin hendak kahwin di kampung atau dibandar. Di bandar yang menghantarnya sedikit. Tetapi jika dikampung meriahnya menghantar sehingga jiran-jiran juga turut serta. :)

Nenek sepupu saya bertandang kerumah. Adik-adik sepupu saya dan keluarga, ke KLCC. Berehat membeli-belah. Saya lebih selesa didalam rumah. Mengedit-edit blog sahabat. :)

The power of giving tu terasa. Bila kita terasa down. Maka kita hendaklah memberi supaya ada power balik dalam diri ini. hehe.


Hari Keempat (Ahad)
Ni semalam lah ni. Saya mula mengedit-edit blog. Mencuba teknik dalam fasa pertama, kedua dan fasa ketiga saya adalah untuk buat template sendiri. Setakat ini fasa ketiga belum lagi dapat di buat. Saya sebagai pelajar Diploma Sains Komputer sebenarnya malu dengan ustaz saifulIslam contohnya dalam mengendalikan blognya. Saya selalu tercabar dengan kebolehan ustaz saifulIslam tu. Kalau sahabat-sahabat ziarah blog nya sungguh kemas dan memenuhi kehendak pembaca. Ini adalah salah satu method dakwah. Kekemasan dalam mengendalikan teknologi untuk keperluan dakwah adalah satu tuntutan dalam mengerjar kejayaan dakwah.


Hari Kelima (Isnin) - Hari Isnin adalah Hari Pengorbanan
Hari ini saya dalam kekeliruan. Selalu saya menuntut pengorbanan sahabat-sahabat dalam berjuang. Tapi apabila saya balik kerumah, saya pula tidak buat pengorbanan. Saya teringin benar belajar teknik surah Yusof 16 hb ni. Tapi saya terperangkap dengan satu lagi program dihujung minggu ini. Argh. Berkira-kira kalau di ikut aula tentu program ini. Sanggup ke saya berkorban setelah sekian kali saya mengalah?

Hari ini 11.12.2006. Saya ada sebenarnya 19 hari lagi dalam hari bercuti saya. Setakat hari ini. saya telah:
  1. Tukar Blog dengan tekcik copy dan paste
  2. Tukar Blog dengan teknik host
  3. Tukar Blog dengan teknik edit html code
  4. Tukar Blog dengan edit background
Alhamdulillah. Setakat ini, dan sehingga ini, saya masih berharap saya hendak sangat buat template sendiri. Blog saya sendiri. Heheh. InsyaALLAH. Seterusnya saya hendak buat projek e-portfolio. Simpan saya punya assignment, diary kerja praktikal saya, simpan nota. Saya hendak codingkan sebanyak mungkin programming language dan kemudian buat perbandingan. Saya ada buat satu blog namanya www.e-halal.blogspot.com. Cita-cita saya hendak buat blog yang simpan barang-barang halal. Huhu. Lagi apa erk.Ha. Lagi saya nak buat buku. Nak buat documentation sikit. Huhu. Banyak nya nak buat. Boleh ke?


Zohor



Asar



Maghrib





Isyak

No comments: