12/21/2006

Hujan Gerimis

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini:
www.sasteraislami.blogspot.com

Pengajaran Hari Ini
Bersabar tentu ada hasil. Takbir! Allahuakbar. Tuhan Terima Kasih

Mission 1 : Hujan Gerimis bukan sebarang gerimis

Hujan Gerimis
(Kumpulan Rast)

Hujan Gerimis masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Hujan Gerimis yang akan menemani perjalanan ku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu terasa rindu
Untuk bersua denganmu
Ini bukan satu ilusi
Hanya Kasih Yang Abadi
Hadir mu membawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah Yang Maha Esa

Hujan Gerimis yang akan menemani
Perjalanan ku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu, terasa rindu untuk bersua dengan mu
Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi
Hadir mu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Dikau cahaya tika malam menjelma
Sinar mu menyuluh lorong gelitae
Bila dewasa jadi insan berguna
Taat perintahnya sentiasa

Ini bukan satu ilusi.
Hanya kasih yang abadi
Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang maha Esa
Hadirmu Bawa cahaya
Terseyum gembira
Anugerah Yang Maha Esa

Ada cerita disebalik Hujan Gerimis. :)


Mission 2 : Tutorial Yahoo Messenger

Taktala ini, penggunaan Yahoo Messenger sangat berleluasa. Penggunaan mencakupi pelbagai tujuan. Bukan sekadar tujuan biasa iaitu chatting; Ia semakin meluas digunakan untuk menghantar secara terus kepada si peminta, berbincang, menghantar sms dan juga sebagainya.

Bagaimana menggunakan Yahoo Messengger?

  1. Anda perlu install yahoo messenger jika yahoo messenger tiada lagi di dalam komputer anda. (Taip di google untuk mencari installer yahoo messenger) Ikut sahaja arahan yang telah diberikan. Hanya tekan butang next sahaja. Mudah bukan?
  2. Apabila sudah siap di install, anda boleh menggunakan Yahoo Messeger. Jika anda sudah ada emal yahoo, gunakan sahaja Id dan Password account yahoo anda untuk sign in ke yahoo messenger.


Bagaimana untuk mula chat?

  1. Anda perlu add id yahoo messenger sahabat-sahabat anda. Tanda campur adalah untuk menambah. Mulakan langkah untuk menambah rakan anda dengan menekan butang add contact.

  2. Seterusnya, masukkan id ( atau emal yahoo) sahabat anda untuk 'add contact'

  3. Tekan butang next untuk langkah seterusnya hingga selesai.     
  4. Lepas tu anda akan melihat icon yahoo messenger sahabat-sahabat anda. Jika meyala, itu tanda sahabat anda available dan jika tidak menyala sahabat anda mungkin invisible atau tidak online lagi pada masa itu.
Kesimpulan
Penggunaan Yahoo Messenger ini atau lebih dikenali sebagai YM adalah satu method yang boleh digunakan untuk kita berbincang dengan sahabat-sahabat kita taktala kita berada di suatu tempat yang jauh mahupun dekat; dengan syarat kita mempunyai akses internet. Ia merupakan satu kaedah yang murah untuk kita gunakan dalam pelbagai tujuan contohnya seperti meeting dialam maya. Walaupun berlaianan tempat, namun mesyurat tetap boleh diatur. Jadi ana mengambil kesempatan ini untuk menyeru sahabat-sahabat menggunakan serta mengambil peluang ke atas teknologi yang paling murah harganya ini untuk kegunaan kebaikan.





No comments: