1/29/2007

10 Muharram

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Bumi ALLAH

Laman Web Menarik Hari Ini:
Oyak
InspireLab
Graphic Artikel
Sifoo.Com
MotivasiIman


Pengajaran hari ini:
Berubah kepada yang lain

Dia Muhammad Bin Abdullah S.A.W sangat mencintai umatnya. Diakhir hayatnya, sewaktu Izrail mahu mencabut nyawanya, sewaktu kesakitan hingga ke urat leher, dia masih berkata
"Umatku, umatku"

Dia terkenangkan kita yang tidak pernah melihatnya. Tapi cintainya melampaui zaman. Dia mencintai kita sebelum zaman kita muncul. Dia sungguh hebat.

Dia dicintai oleh Tuan ALLAH kita. Dia dicintai oleh sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Tapi dia tetap mencintai kita, insan yang tidak pernah dia jumpa.

Allahumma Solli Ala Muhammad. Mari bersalawat kepadanya, kerana ALLAH berselawat kepadanya. Apatah lagi kita, orang yang dicintainya.

Mari mencintai dia. Kerana cintanya dia kepada umat, dia sanggup melalui laluan duri, dia sanggup dipukul, dia sanggup apa sahaja untuk siapa lagi, kalau bukan kita.

Hari ini katanya, kita wajar berpuasa, maka marilah kita berpuasa, kerana hari ini 10 Muharram hari Nabi Ibrahim terlepas dari Api Namrud Ibrahim lepas dari api Namrud, Yunus keluar dari perut ikan, Musa bebas dari hambatan Firaun, dan Muhammad SAW selamat dari racun orang Yahudi.














No comments: