1/21/2007

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kedai Komputer

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Susah itu adalah nilai sangat berharga

Bila Susah Kita Bersyukur
Lalu mencari usaha
Jika susah tapi asyik berduka
Hidup terasa sempit
Gelap saling mempersalahkan

Susah itu satu peluang
Untuk kita mencari ruang
Ilmu baru akan diperoleh
Semuanya kerana bersyukur


Jika sedih peneman diri
Semua tidak kena
Pening semakin menjadi
Apa pun tidak jadi
Kerana hidup ini tidak rela
kepada peluang yang datang
kerana Ia bernama Susah

Susah sedih itu
Semua bergantung kepada bagaimana kita melihat
Jika kita melihat susah itu suatu yang busuk
Maka busuklah susah itu
Jika kita melihat susah itu satu peluang
Maka cerahlah hidup
Kerana yakin
Susah itu anugerah Tuhan
Hanya yang bijak boleh menilai
bahawa susah itu suatu nikmat

1 comment:

Anonymous said...

Ya, kerana susahlah kita sentiasa mahu berusaha. Senang dan lapang hanya membuatkan kita terleka.

~zalisa maz~