1/27/2007

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
IWHIZZ

Laman Web Menarik Hari Ini:
Amdang81
Hayad

Pengajaran hari ini:
Bersabar dan percaya serta tawakal pada Yang Esa, InsyaALLAH akan berjaya


Biografi Muhammad Bin Abdullah

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dengan izin ALLAH saya khatamkan buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, keluaran PTS.

Saya cadangkan kepada sahabat-sahabat semua, supaya memiliki buku ini. Saya pernah suakan buku ini kepada seorang kawan dan kawan ini juga boleh menerima pendekatan yang dilakukan oleh penulis Biografi Muhamad Bin Abdullah. Padat dengan fakta dengan cara penyampaian yang mudah. Saya mengambil masa 15 hari untuk habiskan buku ini. Saya rasa sahabat-sahabat semua lebih cepat membacanya.



Mutiara Hati





Ini perkara kedua yang saya sangat berbesar hati untuk khabarkan kepada sahabat-sahabat semua. Tentang cerita Mutiara Hati yang berlangsung jam 6 petang di saluran TV9.

Cerita ini saya mula ikuti selepas anak sedara saya yang berumur 4 tahun mula ketagih cerita ini. Selama ini saya sudah agak lama memboikot rancangan yang dipersembahkan oleh televisyen, tetapi cerita ini telah mengubah ikrar boikot saya. Saya cadangkan anda semua mengikuti kisah Mutiara Hati ini. Padat dengan kisah pengajaran.





No comments: