1/05/2007

Kembara Cinta




Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Laman Web Menarik Kali Ini:
Personal Wisdom
History Of Calendar
Galeri Ilmu

Pengajaran hari ini:
Jangan sampai tertinggal lagi


Akhir Isyak




Sejak tadi hati saya berkhabaran gelisah. Serba tidak kena dan sering terasa sayu. Alunan bacaan dari Al-Ghamidi dari radio ikim.fm (91.5 fm) sungguh saya rasa pengubat duka. Hati diri sendiri yang terluka atau saya telah melukai hati orang lain sehingga terasa pedih memakan jiwa. Astagfirullah = Saya mohon ampun kepada ALLAH. Sungguh


Hari ini saya mencari diri. Mencari untuk mencintai. Bagaimana mencintai ALLAH. Saya masih mencari. Bagaimana boleh eposid cinta bermula ya? Cinta manusia boleh dibina. Berkenal-kenal, apabila hati sudah bertaut, mula hendak mengenali. Setiap hari gelisah menunggu berita, resah jika tidak bersua dijiwa. Jika tiada berita, bersedih-sedih seperti dunia ini tiada lagi. Kadang-kadang memberi inspirasi tetapi selalunya memberi dosa tanpa menghitung masa nafas akan berhenti. Makan tidak lalu, mandi tidak basah. Semuanya mesti berlaku peristiwa ingatan mendalam. Itulah cinta manusia yang tidak kekal.

Bagaimana mencintai ALLAH ya?

Saya mencari-cari. Mungkin ada kaitan dalam 'cinta' yang ini. Awal-awal adalah Makrifatullah. Mengenal ALLAH. Bila sudah kenal maka jatuh cinta. Bila jatuh cinta pasti waktu-waktu bertemu tidak jemu. Tentu dan pasti masa 2 4 4 3 4 memberi makna yang sungguh bererti. Persoalannya bagaimana hendak mengenal ALLAH? Saya mencari dan sahabat-sahabat kena mencari persoalan ini sehingga terjawab dalam diri. Ini adalah keluhan diri saya yang sedang mencari cinta Ilahi. Kenapa saya sombong sangat? Kenapa tidak beringat yang Cinta ALLAH adalah cinta sejati? Sudah lah kamu. Muharram bakal menjengah dan 1427 tahun kegemilangan, zaman keimanan kepada ALLAH itu akan menambah lagi satu tahun dalam usianya meninggalkan jejak. Meninggalkan kenangan.


Mari Menghitung Diri

Usia diri akan bertambah. Kita mencuri usia ibu kita. Tenaga ibu kita. Kita semakin besar dan kuat. Ibu semakin lemah dan tidak bermaya. Usia kita memamah usia tenaga ibu kita. Hmm.

Kesimpulannya, umur kita berkadar songsang dengan tenaga ibu kita. Saya perlu menghargai masa dengan menetap matlamat capaian hidup, yang sama seperti yang digambarkan oleh penulis Ayat-Ayat Cinta. Ada target harian. Ada target mingguan. Ada target bulanan dan ada target untuk setahun juga untuk sepuluh tahun. Jika hidup ada matlamat tentu diri ini terarah untuk mencapainya kan? Matlamat Redha ALLAH. Projek untuk mencapai redha ALLAH. Aha! Kira-kira pahala, minimakan dosa! InsyaALLAH!


















No comments: