1/07/2007

LailahaiLLAH

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini:
Sastera Islami
JiwaRasa
Ukhwah.Com
Tuan Rastom
Motivasi Islami
Cahaya Puisi
Alang Bidara
PanahArjuna
Perkasa Alam
AlangBidaraBlog
Nisah Harun
Zalimas
Radio Tarbiyyah
Wagih
Rizyani
Mutiara Buat Remaja
Pilih Kerjaya



Pengajaran hari ini:
Cuba dulu, baru tahu!




Saya duduk mendongak dagu. Saya lihat dia. Renung sungguh-sungguh. Saya lihat semangat dia. Saya lihat dia. Lihat seorang bomoh gila. Berharap tidak banyak, hanya sedikit.

Saya bandingkan dia dengan saya. Dia bomoh gila. Kerjanya 'gila'. Masakan tidak jadi 'gila', mengubati orang gila.

" Tutup kain orang gila yang tak berkain pun jadilah" kata bomoh gila itu.

Saya? Sungguh murni bomoh gila tu. Bercita-cita mengubati seluruh alam. Besar cita di usianya yang sudah 'besar', menginjak ke 57.

" Tak percaya" kata saya

57 umurnya, tetapi semangatnya mengalah orang muda! Saya mencari-cari semangatnya. Berdampinglah dengan semangat Puan Sifu.

" Saya malu " kata saya

" Saya tahu perasaaan orang perempuan " kata Puan Sifu

Dia memahami keadaan saya yang malu. Malu-malu kucing. Kucing yang tidak berani, tetapi sebenarnya 'garang'.

" Saya takut" kata saya

" Puan Sifu pantang pada takut" kata kak Ez




Meskipun hanya kata-kata yang beralas angin, tapi ia menusuk kalbu.

" Akak lagilah, sejak sekolah menengah lagi tinggal membaca novel. Hanya baca buku seperti Riadus Solihin.

" Bila pergi Kursus Teknik Surah Yusuf, malamnya terus beremail dengan Puan Sifu. Akak tak pernah tinggal kelas Puan Sifu. Ada sahaja teknik terbaru daripada Sifu" kata Kak Ezi lagi.

Kali ini saya masuk ke bilik teknik surah Yusof dengan otak yang lebih lapang. Ada ruang untuk saya masukkan kedalam memori. Itupun selepas saya solat Taubat. Senang sikit nak masuk ilmu yang bukan biasa ni. InsyaALLAH.

"Mungkin disebabkan hati yang kotor" kata si hati

Saya balik dengan otak yang sungguh mampat. Di tambah dengan angin yang naik hingga ke kepala. Sungguh pening dan tidak stabil kedudukan saya.

dan selepas Maghrib tadi saya terus terlelap di atas tilam nipis di Surau rumah.

" Malam nanti terus menulis dan emailkan kepada saya" kata Puan Sifu

Sehingga saat ini saya tidak menulis lagi. Saya berharap kepada angin pagi di waktu ini. Tetapi badan saya betul-betul panas sampaikan tidak terasa angin pagi. Penangan sambal mungkin dan kuah kari tadi.

Aduhai diri, berhijrahlah dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang









No comments: