1/20/2007

Mereka Yang Kalah

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
IwhizzTech

Laman Web Menarik Hari Ini:


Pengajaran hari ini:
Yang indah itu perlu pengorbanan





Diawal hijrah 1428
Terkumpul sejarah pengorbanan
Darah, dinar keluarga
Tercalit kenangan
Rasullullah
Semua sekali
Diawal zaman
Kenapa perlu berbangga
Itu kisah kemenangan mereka dan Islam
sedangkan saya masih kalah


Saya disini kesepian
Di Hijrah abad 1428
Keluh kesah membazir ruang
Kelam dengan hati yang perit
Tiada ceria
Tiada bunga-bunga indah
Kerana saya melalui jalan-jalan duri
Yang saya tidak bermaksud untuk lalui

Tuhan
saya ini hina
Saya ini selayaknya di pijak
Di henyak
Di tekan-tekan
Dilanyak-lanyak
Ohh Tuhan

Tuhan
Saya ini kesedihan
Kebuntuan
Jikalau Kau sanggup tunjukkan
Laluan bermakna
Agar hidup ini
Bererti dengan memberi



4 comments:

Anonymous said...

Kita adalah insan yang kalah. Selagi belum berada dalam syurgaNya yang kekal.

~zalisa maz~

cakapaje said...

Maaf jika saya berbeda pendapat: Kita hanya menjadi insan yang kalah apabila kita meninggalkan dunia ini bukan dalam keadaan beriman - daku berlindung hanya pada Mu, Ya Allah. Sehingga itu kita tetap berjuang untuk mendapat keredhoan Nya.

Nice blog. Boleh cadangkan link: ke www.tvoas.com dan wtv8.tv.

zalisa maz said...

cakapaje, pendapat kita sama, cuma ayatnya yang berbeda. Hanya orang beriman sahaja dalam syurgaNya. Betul enggak?

cakapaje said...

zalisa, benar kata anda. Dan benar kata anonymous. Yang saya memperkata hanya perbedaan pendapat dan bukan perbalahan.