1/25/2007

Monolog Orang Menahan

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
IWHIZZ

Laman Web Menarik Hari Ini:
SaifulIslam
Polishlinux - Bagus untuk orang yang baru nak cuba LINUX
ZulW3-Bagus. Dicadangakan untuk rijal sopan dan snaar serta yang lain
Putera.Com
Laman Bahasa Melayu




Pengajaran hari ini:
Bersabarlah. ALLAH akan tolong orang yang sabar


Kata si lapar: "Saya lapar, perut saya minta diisikan. Rasa nak menangis menanggung derita lapar"

"Sabarlah" kata saya.

"Rasullullah mengikat perut dengan batu sambil menggali parit untuk Perang Khandak. Menggali bukan sebarang gali. Di gali dalam hingga payah simusuh untuk naik kembali"

"Sungguh, ia menekan-nekan, minta diisi." tambah si lapar lagi sungguh-sungguh

"Saya sendiri tidak pasti ia akan kosong atau tidak hingga hujung asar nanti" si bosan berkeluh kesah

"Bersabarlah, kerana esok hari raya. Itupun jika perut kamu kosong hingga hujung asar" kata si hati

"Saya kebosanan, dari pagi saya sendirian bersama si laptop."

"Kalau si laptop hilang tenaga, saya kena isi dan menunggu hingga si laptop kenyang dengan tenaga" kata Si Bosan lagi


" Cuba bayangkan, saya lapar dan saya bosan. Sungguh makan itu satu nikmat" si bosan hampir berlinang air mata

"Lagi-lagi bila Wireless Network Connection tidak menyala lampunya..." tambah dia lagi


bersambung. Apa kata si penahan lapar :)


"Sekarang jam menunjukkan 15.48, hampir ke waktu asar yang akan berlangsung dalam kurang satu jam sahaja lagi" kata sipenahan lapar

"Tahniahlah silapar, kau berjaya juga menahan lapar. Tapi jangan perasan. Belum diakhir asar lagi. Jangan kau penuhkan perutkan dengan isi" kata si penahan lapar

"Aku terasa seakan bahagia itu kian menjelma. Ialah, kan asar nanti menjelma" kata silapar penuh bahagia

"Itulah nikmat orang menahan lapar. Kenyang itu habuan nafsu. Lapar itu melahir bahagia" kata si penahan lapar

"Bersabarlah, kebahagiaan bakal menjelma. Berdzikirlah kerana dzikir itu ubat orang lapar dan penat"

Seperti kata Rasulullah kepada Anakndanya Fatimah, apabila Fatimah mengadu penat menguruskan rumah tangga. Rasullullah berkata " Bacalah SubhanaALLAH, Walhamdulillah, WalailahaiLLAh, Allahuakbar"

"Tasbih Fatimah diberi nama, sesuai untuk silapar dan sipenat " kata si penahan lapar lagi

No comments: