2/10/2007

Baa Wau Sin Alif Nun

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Tempat Kerja
Laman Web Menarik Hari Ini:
Usaha Tani - Kambing Boer
Pasal Madu
PHP & MySQL


Pengajaran hari ini:
Keluarkan dirimu dari pembaziran masa


Biarkan Ia Berlalu

Bila masalah saya ialah bosan, apakah peluang yang mungkin timbul hasil daripada masalah ini.
Ya ALLAH. Adakah saya sedang menantikan sesuatu yang tidak akan tiba. Saya menunggu dengan harapan, tetapi masa terus berlalu meninggalkan saya. Apa yang diharapkan sebenarnya.

Saya ada tanggungjawab, tetapi saya masih lagi membiarkan makhluk masa itu berlalu tanpa ada tujuan. Dimana silap saya ya?


Madu



Semalam Ayah Man bercerita tentang madu, Madu makanan yang terdapat dalam hadis, terdapat beribu-ribu khasiat. Ayah Man bercerita bila tersentuh hal peranakan tidak kuat. Ayah Man mencadangakan diminum Madu + Air Suam atau Air Sejuk

Madu + Limau Nipis = Ubat batuk
Madu + Habatussaudah = Ubat Batuk
Air madu diminum sebelum bersalin, InsyaALLAH akan dipermudahkan bersalin.
Air madu yang diminum oleh Ibu boleh menyebabkan anak jadi pandai. InsyaALLAH.
Madu + Susu = Awet Muda
Madu disapukan kepada luka akibat diabetes. InsyaALLAH lukanya akan kering
dan banyak lagi.

Pantang Larang Madu

Tidak boleh minum dengan sudu tembaga kerana madu akan menarik tembaga tu.
Tidak boleh diletakkan di tempat yang basah, kerana madu akan menyerap basahan itu.
Bila makan madu, jangan dimakan dengan tembikai / timun cina / timur batang/timun dalam jangkamasa pendek. Jikalau termakan, maka penawarnya adalah 4 biji epel. Mesti dimakan semua sekali 4 biji epel tersebut.

Madu yang manakah lebih elok?

Ayah Man kata, madu dikawasan gurun. Seperti di Iran, Mekah, Iraq. Kemudian madu hutan, madu bela.

Oklah itu sahajalah berita tentang madu. Banyak khasiat dan sedang dikaji oleh para saintis rasanya.


Kisah Semalam

Semalam, pada 9.00 pagi bertolak ke Kedai Buku Jaafar Rawas. Selepas tu hadir ke Taklimat untuk Sukan Wanita Pertama di Sekolah Maahad Perempuan. Sebelum tu, malam semalam, tolong menelefon sukarelawan di Pejabat. Tolong sikit-sikit menyibuk. Balik kira-kira jam 12 pagi. Hmm.

Saya lihat mereka 'tumas' untuk Taklimat Sukarelawan. Lihat cara kerja mereka, hati saya lega, kerana dipapan putih, terlihat kerja-kerja countdown, kerja-kerja yang saya risau mereka tak buat lagi. Tapi terbukti saya salah, kerana mereka betul-betul tidak tidur waktu malam, tapi tidur waktu pagi. Dingin pagi. InsyaALLAH. Moga semua berjalan dengan lancar.

Menulis



Kadang-kadang saya rasa tidak penting untuk menulis. Kenapa mesti menulis lakaran hidup untuk tatapan yang lain. Tapi saya rasa itulah perkongsian yang amat bermakna. Kadang-kadang kita rasa tidak penting, tapi bagi orang lain, perkongsian itu sangat bermakna. Betul ke?











No comments: