2/06/2007

Kari Ayam

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kedai Komputer

Laman Web Menarik Hari Ini:


Pengajaran hari ini:
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Semalam pulang dari pejabat lebih kurang jam 6.08 petang, dia dijemput kakak untuk pulang ke rumah.
" Lapar ke, kalau lapar nak hantar balik rumah dulu" kata kakak
"Lapar " katanya
"Kalau lapar, akak hantar balik ke rumah dulu" kata kakak lagi
"Tak apalah, terus sahaja ke Mydin" kata dia
Tetiba dia ternampak gerai satay ditepi jalan.
"Sedapnya, kita beli 10 ringgit ya."
"Beli sedikit sudahlah, makan disini."
"Habis akak tak nak ke?"
"Akak puasa. Adik makan sorang la"
Sampai di tempat parking, dia masih terus makan, kakaknya terus ke Pantai Timur untuk membeli sedikit keperluan.
"Tunggu dalam kereta, sudah ke Pantai Timur nanti kita sama-sama ke Mydin"
"Ok"
Dia masih dengan sataynya, kakak terus menuju ke Pantai Timur. Sudah membeli, mereka sama-sama menuju ke Mydin yang duduknya saling berdekatan dengan Pantai Timur.
Mereka pulang bilamana Si Maghrib menjelma.
"Masak apa ya hari ini?"
"Ada apa" kata si adik
"Santan, semua ada" kata kakak
"Kar. Macam mana masak kari sini?i" kata adik
"Lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, semua di blend, kemudian ditumis. "
"Kemudian tumis sehingga pecah minyak, bubuh serbuk kari."
"Masukkan ayam goreng bersama tumis kari tadi"
"Biar ayam keluar air" tutup sekejap dengan penutup kuali, biar masak isi dalam
" Masukkan air dan tunggu sebentar hingga didih"
Jam sudah menunjukkan 8.30 malam
"Cepatlah kak, kita dah lambat.
"Solat Isyak dahulu, awak pergilah makan dulu"
"Takapalah"
Mereka bermesyuarat hingga jam 1.00 pagi. Singgah di 7 eleven untuk beli kredit dan aiskrim
"Alhamdulillah, Ini baru hidup seorang pejuang. "
Saya melihat kesungguhan yang lain menadah mata, membuahkan fikiran mendengar perbentangan malam itu. Segala maslaah dikeluarkan untuk disyurakan.
Mereka bukan calang-calang orang. Ada yang sudah beranak tiga. Mata diantara mereka adapun sudah layu menahan ngantuk dan pening. Masa mereka korbankan. Anak-anak, mereka tinggalkan. Moga ALLAH gantikan masa mereka bersama keluarga dengan lebih bermakna.
Saya tumpang semangat korban mereka, walau ada kalanya saya kadang-kadang teruji dengan nikmat masa yang berlebihan.
Mereka letih, bateri mereka perlu kuat. Mereka perlu cas bateri tahajud mereka di waktu tahajud, agar kuat, tahan melalui ujian bukan sedikit ini. Ujian ini tidak pedih tetapi manis.
Saya bersyukur, kerana semalam saya betul-betul hadir di syura itu, sebelum ini saya bawa hanya diri saya yang tidak keruan, jiwa saya tertinggal kerana banyak dosa.
Tapi syukur kepada ALLAH kerana semalam, jiwa saya telah hadir semula. Hadir disyura untuk misi besar.
Kenapa perlu berkira dengan masa. Kak Gie mengendang anaknya yang baru lahir beberapa bulan untuk turut hadir ke meeting. Kena menghargai saat ini, saat bujang tidak berpunya. Tidak ada tanggungjawab berat lagi. Hanya kepada diri, dan keluarga yang jauh dari saya.

No comments: