2/11/2007

Mimpi

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Dakwah.Info


Pengajaran hari ini:
Jangan diikut hati yang lara. Nanti binasa. Dzikrullah!

Sungguh ramai yang hadir malam tadi. Daripada kawan-kawan lama, anak saudara, kakak dan ramai lagi. Mereka hadir kerana apa ya? Kerana saya merindui mereka? Entahlah. Seringkali saya mendapat mimpi akhir-akhir ini. Seorang sahabat(Dayah) pernah menulis di dalam blognya tentang sipenulis sebuah buku menyarankan diletak buku dibawah bantal. Bangun sahaja daripada mimpi, tulis kisahnya didalam buku. Hmm.


Kau Terlalu Istimewa



Setiap kali mendengar lagu ini, pasti akan terkenangkan sidia di syurga sana. Saya tidak sempat menumpah kasih penuh kepada dia. Mungkin saya mengalami episod hidup yang agak sibuk pada masa itu. Hmm. Wallahualam. Dia memang seorang anak yang sungguh aktif dan lasak. Satu hari bondanya ternampak seolah warna hitam tumbukan ditepi mulutnya. Sejak itu segalanya berubah. Diakhir masa dayanya, dia lapar, minta disuap mee! Aduhai sayangku. Hmm. Itu kali ketiga episod kematian dalam keluarga yang benar-benar rapat dengan saya. Saya seperti selalu, terkapai-kapai tidak percaya. Lambat! Apapun dia memang seorang yang istimewa kerana ALLAH telah meletakkanya di syurga. Wallahualam.













No comments: