2/04/2007

Muhasabah Diri

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kedai Komputer

Laman Web Menarik Hari Ini:
Media Muslim
Ulasan Buku Fikrah

Pengajaran hari ini:


Saya telah kehilangan diri saya
Saya tak tahu nak buat apa
Apa ya jadual hidup seorang muslim?
Hidup saya yang membosankan
Saya tak tahu kemana arah saya.
Ya ALLAH, saya ni kenapa ya?


Kenapa jadi macam ini
Saya tidak tahu matlamat hidup saya
Ya ALLAH.
Hati ini perlu segera dibersihkan

Dulu
saya bangun pukul 5.00/5.30
Bersunat-sunat hingga 5.45
Kalau puasa saya bersahur.
5.50 azan berbunyi
5.55 saya ke masjid berjalan kaki di Subuh hari
6.00 bersolat Subuh berjemaah
6.15 yassin + mathurat
6.30 gerak budak-budak kolej solat
6.30-7.30 saya study
7.30 makan
8.00 mandi + basuh baju
8.30 pergi library
1.00 solat Zuhur
4.00 solat Asar
5.00 ke library semula
6.00 baca suratkhabar
6.30 balik makan
7.00 solat maghrib
7.30 makan
7.45 Ngaji - satu juzuk
8.20 Solat Isyak
9.00 Study
11.00 Tidur

Hidup saya teratur dan saya tahu saya mahu buat apa. Tapi sekarang, hidup saya tidak terarah. Saya tak tahu hendak buat apa.

Saya memilih bumi serambi mekah ini kerana saya hendak menyediakan diri saya. Saya tidak mahu ketinggalan jauh, walaupun saya berjauhan daripada sahabat-sahabat saya.

Jadi saya ingin sangat ambil kesempatan yang ada untuk tunaikan hajat saya. Tapi lain pula jadinya. Hampir saban hari saya diinternet. 6.00 tutup kedai. 6.15 sampai rumah. 6.15 tengok Mutiara Hati.7.00 mandi. 7.30 solat Maghrib dan selepas itu saya tertidur, kerana letih duduk saja ditempat kerja ini.

Memang saya sangat berharap agar dapat belajar sesuatu daripada kedai ini. Apa yang saya belajar. Adakah saya ini manusia yang tidak reti bersyukur?

Sekarang ini sudah 4 di bulan 2, angka 24 bakal menjelma didalam hidup saya. Tapi apa pencapaian semasa saya berumur 23 tahun? Tiada apa. HMM.

Jadi apa yang perlu saya lakukan ya. Muhasabah sebelum terlambat!

1) Saya perlu membuat sistem.
2) Entah. Tak ada apa dah!






No comments: