2/10/2007

Silibus Islami

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Kedai Komputer

Laman Web Menarik Hari Ini:
Lets Learn Our Islam

Pengajaran hari ini:
Jika percaya niat kita, InsyaALLAH ALLAH akan suluhkan jalanya.Ameen

Saya masih teringat dulu. Niat kita adalah segala-galanya. Dulu saya percaya, jika kita buat kerana ALLAH, ALLAH akan tolong pandukan jalan kita. Ingat lama dahulu, saya pernah memandu sendirian ke Port Dikson, padahal itu adalah kali pertama saya ke sana sendirian. Saya tersesat, dan Alhamdulillah, ALLAH tunjukkan jalan dan permudahkan. Achik Mum tunjukkan jalan melalui telefon. Malah bukan sekali dua saya bereksperimen begitu dan saya begitu yakin ALLAH akan tolong.

Saya cuba memupuk semula keyakinan kepercayaan. Jika ingin mencari sesuatu, berniatlah, InsyaALLAH ALLAH akan tunjukkan jalan.

Sewaktu saya mahu buat template presentation untuk Taklimat Sukarelawan, saya mencari-cari PAINT salah satu accescories Windows, tetapi tidak ketemu biarpun di Destkop. Saya perlu mengedit picture untuk diletakkan didalam template itu, tetapi tidak ketemu. Saya bertawakal dan pusatkan semula ingatan saya, tujuan saya. Dalam hati saya, moga ALLAH tunjukkan segera jalan, kerana pada masa itu, masa betul-betul sudah lewat, mencecah Dingin hari. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Sewaktu saya mencari-cari gambar didalam myDocuments, saya klik kanan, ada tertulis edit with dengan beberapa pilihan antaranya paint. Begitu kadang-kadang ALLAh, ALLAH rancangakan kepayahan, supaya kita punya pengalaman baru untuk digunakan dalam keadaan yang lebih sukar dan juga dalam keadaan yang penting. Begitulah. Jika ALLAH berikan kesusahan, bermakna ALLAH sebenarnya sedang memberikan pengalaman untuk digunakan pada masa yang lebih terdesak. Wallahualam.

Sebenarnya, saya ingin bersamakan kenangan pengalaman tadi, baru sebentar tadi, saya hanya berfikir sedikit, tetapi ALLAH telah bantu untuk meluaskan pencarian saya. Moga-moga. Saya telah berfikir tentang mengajar semua subjek mengikut AL-Quran. Begitu yang diwar-warkan oleh SRIP kepada gurunya. Harapan kepada guru-guru.

Jadi telah tertimbullah idea daripada ALLAH,

  1. Jika kita ingin mengajar bahasa Melayu mengikut AL-Quran, silalah ke www.sasteraislami.blogspot.com untuk mengikut intipati sejarah mengikut Surah Yusof.
  2. Jika kita hendak mengajar bahasa Inggeris, saya cadangkan, kita bahagikan masa mengajar. Contoh, jika kita mengajar didalam 60 untuk satu hari.
15 minit pertama
- Ulangkaji vocabulary, suruh anak-anak didik kita ulang baca sebanyak 60 kali.

30 minit kedua
- Belajar buku teks/ keratan daripada harunyahya

15 minit terakhi
- buat terjemahan dari tafsir Quran yang berbahasa Inggeris. Suruh mereka hafal vocabulary untuk keesokkan harinya.

Wallahualam. Setakat ini. Mari berfikir kerana ALLAH













No comments: