3/10/2007

Hidup ini janganlah SKEMA sangat. Tapi Permudahkanlah orang lain, kerana ALLAH TAALA

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Tempat Praktikal

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Hidup ini janganlah SKEMA sangat. Tapi Permudahkanlah orang lain, kerana ALLAH TAALA

Bila seseorang datang keatas, dikedai ini, tentu mereka berhajat kepada sesuatu. Jika tidak, masakan mereka sanggup naik ke atas, dan bertanya.

Ada dua pelanggan, saya dapati mereka tidak dapat apa yang mereka hendakkan. Buat pertama kali, saya terkedu, bila pelanggan yang bertanya tadi dibiarkan begitu sahaja pergi. Seolah-olah duit pergi macam begitu sahaja. Tak akan lah, kita tidak sanggup kurangkan barang seringgit dua ringgit janji kita dapat tingkatkan seringgit pada hari itu. Saya pelik.

Bukan apa saya teringat pada kata-kata Pn Sifu, kerana tidak mahu berkurang harga, langsung tidak dapat apa apa. Begitukah yang dimahukan? Saya keliru.

Patutlah kedai sebelah berjaya. Mereka berjaya, kerana mereka turutkan pelanggan. Mereka sedaya upaya penuhi kehendak pelanggan. Bukan kehendak duit masuk. Mereka ada semangat monolong. Itu yang saya perhatikan. bukan semangat menghabiskan duit orang. Mungkin! Wallahualam.

Majlis Tazkirah

Dua hari yang lepas, saya menghadiri majlis peringatan. saya diingatkan tentang kita ni bekerja untuk mendapat apa yang kita tidak dapat lihat. Untuk ALLAH. Jika kita bekerja kerana benda yang dapat kita lihat, maka disitu tiada kepuasan. Ikhlaskan diri. Banyakkan membaca.

Dalam majlis tersebut saya juga dapat ilmu, tentang cara seorang muslimat berdeal dengan muslimin. Rupaya muslimin ini sungguh bahaya, walaupun mereka ini adalah ------- sekalipun, tapi mereka tetap ada nafsu. Cara lelaki melihat wanita adalah lain. So hati-hatilah ala kulli hal.
Lagi adalah, perempuan, jika bermusafir kena pakai seluar didalam selain kain yang kita pakai. hmm. Baru juga tahu semalam.

Selepas Kahwin tidak tahu lagi bagaimana.

Bekerjalah untuk Islam, sebelum kita kahwin ni sungguh-sungguh. Ramai yang tidak dapat berpeluang lagi kerana sudah berkahwin. ish ish ish. Sungguh takut lah pula.


Semalam.

Semalam, berkesempatan pergi ke Perhimpunan Tahunan Orang Perempuan di Kota Bharu.
Alhamdulillah, belajar ilmu baru. Iaitu kena senyum, jangan garang dan paling terkesan pada diri ini adalah PERMUDAHKAN ORANG LAIN. Saya betul-betul berhati-hati kali ini, kerana ada satu peristiwa berlaku semasa Nisa Games. Ada kakak bertanya kepada saya ada atau tidak tempat solat berhampiran. Memang ada tempat solat berhampiran, tetapi untuk AJK. Saya serba salah, mujur seorang kakak ni ada disebelah saya, dia terus bawakan kakak tu ke surau tersebut memandangkan kakak tu rupanya ada tekanan darah rendah. Hidup ini janganlah SKEMA sangat. Tapi Permudahkanlah orang lain, kerana ALLAH TAALA. Seterusnya, cara kita deal dengan orang, hendaklah deal dengan baik, kerana mana tahu, kita akan berurusan lagi dengan mereka di kemudian hari.

Kenapa SKEMA sangat
Ya, kenapa hendak skema sangat, jika dilihat kembali kenapa peraturan atau sistem atau seangkatannya dibina sebab apa. Contoh dalam keadaan saya, kenapa ada ajk tidak benarkan masuk kedalam surau AJK. Sebabnya adalah takut kecurian berlaku dan hendak berlaku adil kepada yang lain. Bandingkan kisah dengan keadaan kakak yang rendah tekanan darah tadi. Tak kan lah dia nak mencuri dan adillah pada dia jika dia solat ditempat yang berdekatan, kerana dia tidak berapa sihat. Wallahualam






No comments: