3/27/2007

Mari Muhasabah Diri

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Tempat Praktikal

Laman Web Menarik Hari Ini:
Radio Nur Islam
Nasyid Ibu Ayah Aeman
CoolWare - Free Download Sooftware
UniversitiPTS
Humaira

Pengajaran hari ini:
Berbuatlah baik sementara mereka ada



Kadang-kadang kita menangis kerana kawan, sahabat, si dia. Tetapi adakah kita menangis kerana teringkatkan ibu bapa kita? Klik disini untuk muhasabah diri. Wallahualam...Hmmm

Baru-baru ini, saya telah kehilangan file nasyid. Sedih, tapi sebenarnya disebalik kehilangan tu, ALLAH beri sesuatu ilmu yang lebih berharga. Saya telah terjumpa radio nur islam
Radio ini bagus, banyak pengisian agama.

Dengarlah nasyid tu yang saya linkkan diatas. Dah lama hati ini keras, alhamdulillah akhirnya mata ini tunduk juga kehendak fitrah.


Tentang CINTA

Saya teringat kepada seorang sahabat saya, arwah sahabat saya, kenangan dimana semasa kami bersama-sama menjalani aktiviti jalan lasak untuk memenuhi syarat menjadi komander. Kami sempat berborak-borak bercerita pengalaman diri menyelusuri jalan pantai sejauh 12km pergi dan balik.

"Rasa nak bercinta itu lagi lebih berharga apabila sudah dapat cinta" kata-kata arwah masih saya simpan didalam dada, dalam diari kenangan diantara kami, walaupun sahabat saya dan saya sudah terpisah diantara dua alam.

Sahabat saya itu adalah salah seorang sahabat yang sangat berharga dalam hidup saya, rasanya, perasaanya dikongsi bersama saya, walaupun saya dan dia hanya kenal dalam beberapa episod sahaja. tapi talian ukhwah itu sudah terjalin lama agaknya.

Yalah, sekarang ini saya sedang bangkitkan apa itu cinta? Adakah itu bergaut ditelefon setiap hari? Adakah bercinta itu menangis setiap hari? atau cinta itu apa sebenarnya.

Memang agak mudah untuk jatuh cinta, memang, itu tidak saya tidak tolak kerana perkataan 5 huruf itu juga pernah hadir dalam diari hidup sebagai hamba ALLAH yang lemah.

Tetapi hari ini, saya sudah tidak tahan, untuk mengolah rasa, setelah setiap hari, saya melihat seorang kawan ini menangis meminta simpati daripada kawan-kawan supaya meraikan kesedihan hatinaya bersama sidia. Aduahai kawan. Oleh kerana purata dua hari sekali perkara ini terjadi, maka saya sudah tidak ambil kisah. Jika dilayan nanti berlangsung banyak dan lama pula.

Hmm. Memanglah tidak dinafikan, cinta itu indah, cinta itu ini, cinta itu itu, tetapi sebenarnya, kita telah dikaburkan oleh nafsu kita dengan cinta yang sebenar. saya tidak kata pada sesiapa, tetapi pada diri sendiri. Hampir setiap hari kita sibuk dengan kerja, dengan sahabat, dengan kekasih dan sebenarnya kita terlupa, orang yang mencintai kita sebenarnya sedang merindui kita setiap hari dirumah. siapa kekasih kita? Ibu bapa kita.

Hmm. Nasyid Ibu Ayah Aeman telah mengembalikan fitrah kasih saya kepada ibunda saya, setelah lama saya tidak sempat merinduinya, kerana apa-apalah alasan yang tidak boleh diterima. Hmm. Air mata fitrah, akhirnya terburai menyuci hati yang berkarat. Syukur masih ada fitrah. Jika hilang bagaimana?

Arwah sahabat saya, seorang yang mencintai keluarganya. Sewaktu latihan, sempat dia balik untuk tolong keluarganya berjual goreng pisang dihadapan rumah. Memang hairan, diwaktu latihan, sering kelibat dia hilang. Akhirnya terjawab apabila saya bertanya. Jawapan ikhlas itu akhirnya keluar dari mulutnya. Sampai hari ini, saya rasa terhutang, terhutang budi untuk diberi kepada kedua ibu bapa arwah. Arwah sanggup berkorban untuk ibu bapanya, agar dapat kumpul duit untuk cepat-cepat ke Mekah. Saya pula berlepas dari tanggungjawab kerana berada ditempat lain. Walaupun saya kadang-kadang terikat dengan kontrak hati dengan arwah.











No comments: