3/03/2007

Mereka adalah pelanggan kita!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
SaifulIslam Sementara
Kitchen Dictionary
Motivasi Islami
Tip Sukses
Kreativitas
Galeri
Pengajaran hari ini:
Rebutlah wang anda! Jadilah manusia yang bermanafaat, berfaedah kepada orang lain, kerana ALLAH Taala



Sewaktu saya sedang menampal-nampal promosi dihadapan pintu kedai komputer, kepala ana ligat memikirkan, bagaimana hendak memajukan kedai ini. Kedai ini terletak di KB BAZAAR. Ramai masih tidak tahu tentang tentang lokasi kedai ini. Hmm. Apa lagi usaha yang patut saya lakukan, kerana saya berpegang pada prinsip Bermanafaatlah kepada orang lain, kerana ALLAH Taala. Kedai ini bagus, berhawa dingin. Berkelengkapan kerusi meja supaya pelanggan dapat enak duduk. Saya buntu dan sedikit kecewa. Ialah, kedai sebelah, saya lihat tidak lah seselesa kedai ini. Langsung tiada berhawa dingin. Tapi tidak pernah kurang dengan pelanggan. Pelik kan? Saban hari saya melihat, dan memerhati sebabnya, tapi masih tidak tahu jawapannya.

Agaknya beginilah Islam. Ramai lagi yang masih tidak kenal Islam. Jadi bagaimana hendak kita mempromosikan Islam (akhlak Islam dan sebagainya) kepada mereka tidak kenal Islam? Apakah marketing yang perlu dilakukan untuk melariskan produk kita yang diredai ALLAH iaitu ISLAM? Bagaimanakah caranya kita memikat hati pelanggan kita untuk datang kepada produk kita iaitu ISLAM. Sedangkan kita ini sudah benar-benar yakin, bahawa tidak ada produk lain yang terbaik selain daripada produk kita iaitu ISLAM. Siapa yang belajar marketing dan paham tentang marketing, tentu faham apa yang saya maksudkan.

Jika dilhat dizaman Rasulullah, bagaimana caranya Rasulullah memperkenalkan produk Islam kepada yang lain. Mula-mula Rasulullah bagi tahu orang dekat-dekat dia seperti isteri dia, anak saudara dia, kemudian Rasulullah buat declaration di Bukit, panggil Abu Jahal dan kaum keluarganya yang lain untuk mendengar promosi Rasulullah S.A.W. Tapi Rasulullah gagal. Banyak ranjau dan liku.....sila baca sirah Rasulullah

Berbalik semula kepada dakwah kita, saya lebih suka topik percakapan ini adalah kita fokuskan dengan lebih dekat, iaitu di tempat kita berada. Jika kita ingin menawarkan produk Islam kepada yang tidak sedar lagi tentang cantiknya produk ini, apakah yang perlu dilakukan? (Ustazah Mariah Qibtiyah dan yang lain pandai bab ini) silalah apply teknik marketing yang sahabat-sahabat belajar di kelas.

Yang saya perhatikan, mereka ini(pelanggan) jika sanggup ke KB BAZAAR ini, sudah tentu mereka berhajat kepada sesuatu, terpulang kepada kita hendak menegur 'wang' kita atau sebaliknya. Wallahualam

No comments: